BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 8, 2009

Dimana cacatnya PPSMI??

Assalamualaikum..

1. Saya terkejut mendengar berita mengenai segerombolan manusia berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum bantahan PPSMI.Untuk apa?Adakah untuk melihat anak2 bangsa terutamanya generasi muda kita ketinggalan?Ataupun melihat meraka berada di takuk yang lama supaya generasi tua dapat memerintah tanpa tekanan dari generasi muda?

2. Saya mungkin terlalu muda utk memberi komen tetapi bukan bermaksud sy tidak boleh mencuba.Secara jujurnya saya menyokong perlaksanaan PPSMI.Bukan kerana sy menyebelahi mana2 pihak.Tetapi,berdasarkan pengalaman saya terlibat dengan PPSMI selama 5tahun sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2003.Saya dapati bahawa tiada sebab PPSMI ini boleh menyebabkan kemunduran bangsa Melayu itu sendiri.Kerana batch saya merupakan batch pertama yg menggunakan PPSMI.Hasilnya lebih memberangsangkan sebelum PPSMI diperkenalkan.Saya sendiri mendapat A bagi kedua2 subjek dalam Penilaian MenengahR.endah(PMR).

3. Sejak tingkatan 1 lg kami diajar subjek Mathematics dan Science dgn menggunakan bahasa Inggeris.Pada masa itu byk komplen melalui akhbar dan internet mengenai usaha kerajaan ini.katanya kerajaan zalim dan pengkhianat bangsa.Saya ingin bertanya,adakah mereka yg fasih berbahasa melayu tetapi tidak berusaha mengangkat martabat bangsa melayu akan di gelar penyelamat melayu??

4. Berikut adalah petikan yg diambil di laman web portal Kementerian Pelajaran Malaysia."Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi."

5. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa PPSMI ni bukan lah satu wadah untuk merosakkan bangsa melayu akan tetapi sebagai supplement kepada generasi muda untuk lebih berdaya saing dalam era globalisasi pada masa hadapan dan sebagai pemacu kecemerlangan.

6.Sila berikan sy sekolah mana yg gurunya mengajar 100% bahasa inggeris.Mstahil bukan??Hmpir kesemua guru Maths n Science akn mngajar sekurang2nya 40-50% dlm Bahasa Melayu.Jadi,apa yg menyebabkn ramai org masih hendak menolak PPSMI ni?

7. Sy agak hairan melihat mereka yg membantah PPSMI ini bukan dari kalangan org yg terlibat secara langsung dlm PPSMI.Tetapi org yg di lihat mempunyai kepentingan peribadi sehingga cuba hendak menutup ruang dan peluang untuk generasi muda ini memperbaiki diri mereka.Padahal,rata2 rakan seperjuangan dan saya sendiri yg terlibat secara lgsung dlm PPSMI ini berpuas hati dengan PPSMI.Jadi,mengapa perlu isu ini diperbesar2 kan?kenapa selepas 6 tahun baru hendak membuat bantahan?kenapa tidak bersama2 untuk memperbaiki kelemahan PPSMI ini?

8. Sesungguhnya,PPSMI ini banyak memberikan kebaikan daripada keburukan.Lumrahlah jika manusia ini memandang kepada keburukan.kerana jika diberi sehelai kertas putih yg di tanda di tengah2,org hanya akan melihat tanda ituMereka lupa bahawa masih banyak ruang putih diatas kertas itu.

9. Sedarlah wahai bangsaku,PPSMI bukan la utk menghancurkan bangsa.Tetapi sebagai satu medium pemacu untuk mengangkat martabat bangsa melayu khususnya untuk besaing di peringkat lebih tinggi bukan sakadar hanya menjadi jaguh kampung.Lihatlah perlaksanaannya dari sudut positif untuk kecemerlangan bangsa dan sudut negatifnye sebagai cabaran yg perlu ditangani secara bersama demi memastikan bangsa kita menjadi bangsa yg lebih hebat dan gemilang.

10.Komentar ini mungkin tidak akan memuaskan hati sesetengah pihak.Tetapi itulah pendapat saya.Nasihat sy kepada yang berkenaan,fikir2kanlah demi bangsa dan negara.Janganlah digunakan isu ni demi kepentingan peribadi kerana kesannya bukan kepada anda tetapi kepada anak2 bangsa terutamanya generasi muda pada masa akan datang.Adakah kita hendak sentiasa berada ditakuk yg lama?Melihat anak bangsa kita yg hanya gah sesama kita walhal bangsa lain maju kehadapan?

1 kata-kata anda:

iedayue said...

walaupn sye x terlibat dlm PPSMI, tp sye rse ianye adalah satu cabaran untuk anak bangsa kita supaya lebih peka terhadap bahasa asing iaitu bahasa inggeris sbg bhs international.. oleh itu, kita perlu menyokong PPSMI dan melihatnya dri sudut yg positif supaya anak bangsa kita tidak ketinggalan dalam semua aspek dan dipandang rendah oleh masyarakat luar suatu hari nanti.. btol x??
ini pendapat sye ar..