BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 30, 2009

new page!!

assalamualaikum..
da sebulan rasenye aku x update blog ni..
sbnarnye aku nk post tajuk-CINTA
tp,xde rezeki lg cz masih dlm pngumpulan bahan..
so,tggu jela ek..
...

arini aku tuka ckit page blog aku ni..
kasi warne hitam..
bukan ape,saje nk tuka slere..
hehe..:d
papepon,smoge reformasi ini mampu mnjadikan aku sorang yg suke menaip..
huhu..

...

sekadar itu saje..
nnt aku kan masukkan lagi info yg bergun dlm blog aku ni..
utk tatapan korang gak..
huhu.
bye.~

Sunday, May 10, 2009

satu ari di klang

assalamualaikum..

semlm aku n the frens g ke klang atau lebih tepatnye meru..
pegi rumah abg kpd nazri a.k.a jawe..
bertolak dari ipb pukul 1.15 iaitu kira2 2jam selepas CTU..
pejalanan jauh yang mngambil mase lebh kurang sejam stengah..
ni sume pasal sesat..
huhu..
alhamdulillah akhirnye smpai jugak kat umah si jawe tu dengan selamat selepas beberapa insiden sesat jalan.

da la penat,sesat lak tuh..
adoyai..
tp, kepenatan itu hilang serta merta apabila melihat adik jawe menghidang makanan(jgn mrh ye jawe..)
sejuk ati aku ni..
hehe:)

lpas amek makanan kami meneruskn agenda melantak segala bende yg bole dilantak..
sampaikn krepek satu balang abes dikerjakan oleh kami..
huk3,..
lepas makan,ktorag siap2 nk p solat zohor(padahal da kol 4 ptg da)
ktorg pon pegila bersolat di surau berdekatan..

lpas solat,kami trus ke kg delek,klang..
g umah hafiz lak..
kat umah die..
adoyai..
melantak lagik..
huhu..
nseb bek mak bpak die sporting..
slambe jek ktorg bedal mknan kat uma die..
huhu..
seusai makan,kami solat asar bejemaah di umah hafiz..
tepat jam 6.00 ptg ktorg bertolak balik ke IPb..
dan ktorg sampi ke ipb tepat jam 7.30mlm..
.......

penat gle seyh..
tp, pape pon,enjoy gak cz bkn slalu bole g konvoi bermotor berama-ramai..
aku harap,bnde2 camni akan berulang dan terus berulang..
amin..



Thursday, May 7, 2009

Zikir yang berhajatkan Fikir


“Abang, atap rumah kita sudah bocor. Dapur sudah masuk dua hari tak berasap” rungut si isteri.
“Abang tahu. Maafkan abang” balas sang suami. Riak wajahnya menampakkan kesal yang mendalam.
“Apa kita nak buat sekarang?” tanya si isteri lagi.
“Marilah berzikir, sayang. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar…!” jawab si suami.
“Apa abang ni? Orang cakap betul-betul, dia main-main pula” marah si isteri.
Itu bukan jawapan yang diharapkannya. Ketika hati panas mengeluh tentang kemiskinan dan kesusahan hidup, sepatutnya seorang suami mendatangkan idea-idea yang boleh mengubah keadaan. Biarlah ada perancangan tentang menambah kerja, berniaga pasar malam atau apa sahaja.
Tapi bukannya wirid-wirid! Zikir-zikir!

“Bukankah di dalam al-Quran Allah sudah berjanji” si suami mempertahankan pendiriannya.
Mungkin dia merujuk kepada firman Allah:



“…ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia” [al-Ra'd 13: 28]



“Yelah tu, bang! Nanti kalau anak kita menangis kelaparan, abang suap dia dengan biji tasbih ya!” sindir si isteri.
Si suami termenung. Cakap isterinya makin melalut. Dalam suasana begini, jangan dipanjang-panjangkan bahas dan debat. Nanti makin jauh tersasar dari jalan kebenaran.
Walaupun hatinya panas mendengar celoteh isteri, tetapi terdetik juga di fikiran. Tenangkah hati kalau semasa perut lapar dan rumah bocor, mulut berzikir dan bertasbih. Kalau semasa menerima bil demi bil pada hujung bulan, terhapuskah tekanan dengan zikrullah? Pahala tu pahala juga. Tetapi duit tetap nak kena cari.
Maha Suci Allah daripada sifat mungkir janji. Sudah diberitakan-Nya bahawa zikir itu mengundang tenang.
Subhanallah… tidak mungkin ayat itu menipu.
Maha Suci Allah daripada memberikan penyelesaian yang tidak praktikal.
Maha Suci Allah daripada menjadikan tubuh badan manusia berkehendakkan makanan, tetapi disuap-Nya dengan zikir semata-mata.
“Eh, sudah empat kali aku menyebut Subhanallah! Kalau Allah Subhanahu wa Taa’la itu Maha Suci daripada segala sifat tadi, tentu sahaja silapnya ada padaku. Aku yang patut mencari di mana kelemahan aku dalam merancang kehidupan” kata si suami.
“Alhamdulillah… tenang sikit rasa hati” monolognya sendirian.
Setelah perasaan, fikiran dan sangkaan yang negatif tentang kehidupan ini (tentang Allah barangkali) disembuhkan, barulah terbuka matanya untuk melihat satu demi satu nikmat yang hakikatnya masih banyak dan menanti untuk dimanfaatkan bagi memperbaiki kehidupan.
Masih sihat.
Masih bertangan dan berkaki.
Masih bermata dan bertelinga.
Masih punya banyak kurniaan yang diberikan Allah secara percuma untuk diguna.
Alhamdulillah!
Terpacul ungkapan yang memuji Allah. Bahawa kesusahan yang dialami bukan kerana zalimnya Allah ke atas diri, tetap sebagai peringatan ke atas diri yang sudah lama menzalimi diri sendiri, kerana tidak menggunakan sepenuhnya segala nikmat yang diberi.

Alhamdulillah!
Syukur kepada Allah, dirinya tidak jadi sinikal seperti si isteri. Fikirannya dapat diluruskan dan Alhamdulillah beliau mendapat kekuatan untuk berfikir dan tidak berputus asa.
“Allahu Akbar! Allah tidak tipu. Aku sudah tenang. Ayat itu benar. Aku mesti mengajak isteriku sama. Dalam zikir mesti ada fikir. Baru tenang hati dan tenang minda,” kata si suami.

FORMULA DI SEBALIK WIRID

Benar… kisah di atas sepatutnya bukan kisah yang asing.
Ketika kaum Muhajirin mengadu kepada Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang kemiskinan mereka, reaksi baginda juga sama. Muhajirin mengadu bukanlah tentang kemiskinan yang menyeksa kehidupan, tetapi kemiskinan yang mengurangkan peluang amal. Kurang peluang bersedekah dan membantu sesama ikhwah.



Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, bahawa (di suatu hari) telah datang golongan fakir dari kelompok Muhajirin kepada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam, lalu mereka berkata: Orang-orang kaya beroleh darjat yang tinggi dan baik terpuji. Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata: apa yang kalian maksudkan? Jawab mereka: Orang-orang kaya itu bersolat seperti kami bersolat, mereka berpuasa seperti kami berpuasa. Mereka bersedekah tetapi kami tidak bersedekah kerana tidak punya harta. Mereka membebaskan hamba abdi, tetapi kami tidak mampu berbuat demikian…



Malah keletihan menguruskan rumahtangga dengan kerja-kerja yang kasar dan berat oleh Saidatina Fatimah radhiyallaahu ‘anha juga diberikan reaksi yang hampir sama oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.




Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Mahukah kamu sekiranya aku ajarkan kepada kamu satu amalan yang akan dapat menyamai orang-orang yang sebelum kamu dan dapat mengatasi orang-orang yang sebelum kamu? Tiada seorang pun yang lebih baik daripada kamu melainkan mereka yang melakukan amalan sebagaimana yang kamu lakukan itu?
Apakah yang bakal diajar oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada sahabat?



Kaedah mengenal pasti peluang-peluang perniagaan?

Teknik pertanian terkini untuk memajukan hasil bumi Madinah?

Strategi pemasaran untuk meluaskan urus niaga mereka?

Tidak…

Apa yang diajar oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam adalah lebih penting daripada itu semua. Kesemua yang disenaraikan di atas adalah perkara sekunder. Sedangkan apa yang lebih utama, membetulkan suasana dalaman akal, hati dan nafsu manusia.



Bahkan, ajarkanlah kepada kami ya Rasulullah! Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Kamu bertasbih, kamu bertakbir dan kamu bertahmid setiap kali selesai mengerjakan solat dengan bilangan tiga puluh tiga kali

Subhanallah…

Alhamdulillah…

Allahu Akbar…

33 kali setiap satu setiap kali selesai bersolat…
Kalimah-kalimah ini memang ringan di lisan dan berat di Mizan. Tetapi kehebatannya tidak terhenti pada soal pahala Akhirat yang menjadi ‘matawang’ kita di Sana. Ia juga mempunyai implikasi yang besar kepada diri manusia yang melaziminya pada kehidupannya di dunia.
Kalimah yang berkuasa tinggi.
Diucapkan dengan emosi.
Diulang 33 kali.
Mustahil ia sekadar soal pahala. Sebaliknya zikir itulah kunci untuk manusia miskin dan susah bangkit dari segala keadaan itu kepada kehidupan yang lebih baik. Cemerlang.

SUBHANALLAH

Apa yang diSUBHANALLAHkan?
Maha Suci Allah daripada sifat ZALIM dan menzalimiku hingga hidupku susah begini.
Maha Suci Allah daripada sifat JAHIL hingga Allah tidak tahu tentang apa yang sedang aku alami.
Maha Suci Allah daripada sifat BUTA hingga tidak nampak penderitaan yang kutanggung ini.
Maha Suci Allah daripada sifat PEKAK hingga tidak mendengar keluhan dan doaku ini.
Maha Suci Allah daripada segala kekurangan. Dan Allah yang Maha Sempurna itu, tidak harus dinisbahkan kepada-Nya sebarang prasangka dan persepsi yang negatif.
Justeru jika kemiskinan ini menjadi suatu kecelakaan ke atas diriku, maka bukanlah kerana Allah mengurangkan pemberian-Nya, tetapi aku yang gagal memanfaatkan ‘modal percuma’ yang diberi. Aku yang menjadikan kemiskinan itu keburukan.
Jika kita berniaga dengan modal RM50 dan hasil jualan berjumlah RM70, ini bermakna kita untung RM20. Berapakah modal yang kita keluarkan untuk memiliki tangan, kaki, kepala, mata, telinga, otak, dan tubuh badan ini sebagai bahan untuk mencari laba kehidupan?
PERCUMA!
Semuanya diberikan oleh Allah dengan elok dan baik. Justeru pada saat aku merasakan bahawa aku tidak memiliki apa-apa, aku masih punya sebab yang besar untuk mengucap syukur atas keuntungan perniagaan hidup tanpa modal sendiri ini. Alhamdulillah…

ALHAMDULILLAH

Segala puji bagi Allah yang memberikan aku kehidupan untuk kuberjuang dalam kehambaan kepada-Mu.
Segala puji bagi Allah yang memberikan aku tubuh badan untuk tujuan itu.
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan aku akal hingga aku mampu berfikir sebagai penghulu kehidupan.
Segala puji bagi Allah yang rupa-rupanya mengujiku dengan kemiskinan agar terdesak untuk bermuhasabah, terdesak untuk mencari kembali pemberian-pemberian yang banyak dalam kehidupan, terdesak untuk mengubah cara hidup, terdesak untuk bangkit dan seterusnya menjadi manusia yang lebih baik serta berjaya, di dalam SYUKUR.
Alhamdulillah.
Subhanallah telah meluruskan kepercayaanku, justeru datanglah makna yang besar tatkala aku mengucap Alhamdulillah. Benar-benar segala puji itu adalah untuk-Nya.
ALLAHU AKBAR

Tenang… kecamuk jiwa beroleh damai. Kekusutan fikiran mula terungkai membentang jalan. Janji Allah bahawa zikir kepada-Nya menganugerahkan rasa tenang, kini aku benar-benar tenang. Allahu Akbar!
Indahnya hidup berTuhan. Sentiasa ada sumber sandaran. Sandaran yang mencetuskan keyakinan. Keyakinan yang menyuntik kekuatan. Kekuatan yang menjadikan aku manusia miskin yang bangkit menuju kejayaan.
Allahu Akbar!
Maha Besar dan Maha Agungnya Dia, mengatasi segala-galanya.
Sesungguhnya ZIKIR hanya mendatangkan tenang, apabila ZIKIR datang dengan FIKIR.
FIKIR yang mendatangkan kejayaan, hanyalah FIKIR yang datang dengan ZIKIR.
Itulah kehebatan aku sebagai Mukmin. Manusia ajaib yang tidak pernah berperasaan buruk terhadap kehidupan, kerana baik sangkanya dia kepada Tuhan.

Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, daripada Suhaib radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata, suatu ketika Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk bersama para sahabatnya dan tiba-tiba Baginda ketawa. (Melihatkan keadaan sahabat yang terkejut) Baginda berkata: Apakah kamu tidak mahu bertanyakan aku apa yang menyebabkan aku ketawa? Mereka berkata: Ya Rasulullah, mengapa engkau ketawa?
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Ajaib sungguh perihal seorang mukmin. Semuanya baik belaka untuk dirinya. Jika dia mendapat sesuatu yang disukainya, dia memuji Allah lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Dan jika dia ditimpa sesuatu yang dibencinya, dia bersabar. Lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Bukan semua orang yang boleh menjadikan segala perkara adalah baik untuknya kecuali MUKMIN.












Wednesday, May 6, 2009

wabak influenza A(h1N1) a.k.a selesema babi

assalamualaikum..

hari ni penat dok pusing2 dl intenet cari info yang menarik..
tgh2 pusing tu, sempat terjumpa someting pasal selesema babi (H1N1) yang mungkin berguna untuk pengetahuan kita bersama..
jadi,mari bersama-sama saya mngenali wabak ini..


Mulai 30 April 2009, pihak WHO secara rasmi menamakan wabak ini sebagai wabak influenza A(H1N1) dan bukan lagi wabak swine flu atau selesema babi.

*************************************************

Soalan-soalan Lazim (FAQ):

1. Apakah Selesema Babi?

Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.

Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).

2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?

Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).

Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).

Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.

Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?

Sejak pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Selesema Babi adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web www.moh.gov.my

4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?


Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.

Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Selesema Babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160°F/70°C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat di kalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.

7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?

Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Selesema Babi yang berlaku sekarang.

8. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?

Kebanyakan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

9. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?

Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset).

Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?

Elakkan penyebaran kuman selesema dengan mengambil langkah-langkah berikut:

a. Jika anda batuk atau bersin:

- Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan.
- Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah.
- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih.

b. Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

c. Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

d. Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

e. Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my

Tuesday, May 5, 2009

al fatihah(hati-hati)

Semoga boleh dimanfaatkan....
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud matahari

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan !!!!

7) SIROTHOLLAZI........ ..... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. AMIN...hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmat-Nya, Insya-Allah

perbezaan satu rahmat

يا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِكَ أسْتَغِيثُ أصْلِحْ لي شأنِي كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْني إلى
نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنِ



“(Ya Allah) wahai Tuhan yang maha hidup dan wahai Tuhan yang mentadbir sekelian makhlukNya, dariMu aku merayu bantuan, islahkanlah keadaan diriku sepenuhnya dan janganlah Engkau serahkan daku kepada diriku sendiri sekalipun untuk (tempoh) sekedip mata”

Anas bin Malik r.a. menceritakan; Nabi s.a.w. telah mewasiatkan zikir di atas kepada anaknya Fatimah r.a. agar ia membacanya setiap hari ketika pagi dan petang” (HR Riwayat Imam an-Nasai, al-Hakim, at-Thabrani dan al-Baihaqi dari Anas r.a.).

"Memenuhi citarasa manusia adalah satu hal yang akan mengecewakan kau."

Jelas sekali perihal maksud ayat tersebut dengan kisah yang disaksikan dalam riwayat lukhman Hakim bersama-sama anak dan himarnya semasa berpergian ke pasar. Dari satu babak ke babak yang lain diperlihatkan oleh beliau dengan menuruti setiap cakap-cakap orang di situ. Namun,tidak satu pun keadaan yang yang ditonjolkan mampu memuaskan hati orang di situ. Nah, terlihat sudah bahawa manusia sememangnya mempunyai pendapat dan ragam yang sama sekali berlainan dengan manusia yang lainnya.Hal ini yang telah diungkapkan oleh Syeikh Imam Syafi'i bagi menggambarkan perihal manusia dalam kata-kata di atas.
Raikanlah perbezaan ini sebagaimana yang diseru oleh ulama muktabar sebagai satu rahmat dalam Islam. Semoga kita diberi hidayah serta tawadduk kepada Allah dalam meneraih kejayaan mahupun kegagalan diri dalam mengerjakan amal soleh. AMIN.



this article is credit to minmash.blogspot.com

KESEPIAN

entah knp aku rasa sunyi+sepi arini..
rase cm kosong je hidup aku arini..
tp, dlm pale otak aku byk bnde yg aku pikirkan..
......

andai aku jd burung, akan ku terbang sebebas-bebasnye..
andaiku jd ikan, akan ku berenang sepuas-puasnye..
tp, aku hanya manusia yang mempunyai hati,akal dan perasaan..
mampu menilai diri tetapi x mampu menafsir..
keresahan,kebingungan melanda jiwa..
merempuh dan meruntuhkan diri ini..
aku kewalahan..
aku kelemasan..
trus melayani hidup yang dukalara..
pada siapa untuk aku bergantung?
pada anginkah?
pada lautkah?
aku keliru..
aku buntu..
andai ku paut pada angin,nescaya angin akan berlalu..
andai ku paut pada laut,nescaya laut akan mengalir..
biarlah aku sendiri..
menanggung beban yang terkandung di dalam diri..
mengamati sakit kesan luka di hati..
kerna..
hanya itu yang aku mampu.
.


......

arini aku xde plan pape..
juz igt nk dok dlm bilik je..
xmo kuar...
nk tenangkn ckit pikiran aku..
lgpon bst gak dok bilik ni sensorang..
tenang je..
xde sape2 yg nk ganggu aku..

.....

sekadar itu saje wat mase ni..
wasalam...

Monday, May 4, 2009

bismillah

termasuk arini aku da selesai 3 paper,
2 more to go..
agak perit r..
CTU 9/5 & BEL 10/5

aku igt lg time spm dlu..
jadual pekse mmg pack gle..
smpi xleh nk curik2 stdy..
time tu la aku kutuk org yg wat jadual tu..
xpikir ke??

tp..
ble skang ni pon aku still kutuk org yang wat schedule tu..
ade ke patot g bagi gap lelame..
mati oo..
bkn x besyukur tp..
menyiksa jiwa dan raga aku..
huhu...
anyway, ble aku pikir blek sbnarnye, pack ke x pack ke...
memasing ade pro n kontranye..
tepulang la kat kte nk amek + or -..

hmm..
wat petama kalinye aku kuar dewan pekse awal..
xtawla npe..
aku rase aku bole jwp soklan2 tu..
tp,tetibe aku rase cm xsedap ati..
so,aku siapkn cepat2 n then tros kuar..
tros g bilik n baring kat atas katil..
atas katil lak aku temenung..
ape yg blaku sbnrnye..??
aku rase cm bukan aku je yg g kat dewan pekse tu..
arrghh!!
.....

petang td aku ade knal sorg pompuan name ummulkhair..
dlm ym jek..
amek id die kat tagged..
die ni bgus ckit r..
quite secret ngn aku..
smpikn tnye tmpt blaja pon rahsia kerajaan katenye..
papepon,aku paham..
xkan la senang2 je die nak bg info die kat aku-org yg bru die knal.
ye la..
manusia zaman skang ni kn xleh caye sgt..
nsb bek aku mnusia zaman dlu..
ekekeke,,
......

ape2pon,aku harap hari ini lebih baik dari semalam dan esok adalah yang paling baik dari hari ini..
.......

bdak2 bilik aku sume da blek tggl aku sorang je kat bilik mlm ni..
sian owh..
sape nk tmankn..
huhu..:(
xpela..
dok je la sorg2..
best gak..
huhu..

........
erm..
itu aje la kot utk arini..
nnt ble2 aku snang lg aku akan menulis lg..
bubye..
assalamualaikum..