BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 30, 2009

antara orang PAS dan orang UMNO

orang PAS

orang melayu dan bukan melayu yang beragama islam dan memperjuangkan negara islam sebagai wadah perjuangan.serta menganggotai parti pas.


orang UMNO

orang melayu yang beragama islam dan memperjuangkan hak2 melayu di bumi melayu.serta menganggotai parti UMNO.


mereka ini pada asalnya adalah orang melayu.tetapi sering bergaduh menebalkan ego masing-masing yang sememangnye tebal itu.

tatkala bangsa lain bersatu untuk hak mereka,bangsa kita pula sibuk bertelagah.

maki memaki,caci mencaci sudah menjadi satu kemestian untuk bangsa kita.

islam itu lengkap dan melengkapi hidup manusia.tetapi kini islam di gunakan sebagai kelengkapan untuk menjustifikasikan perkara untuk kepentingan politik.

saya tak ingin menyatakan mana2 nama.tetapi cukuplah pandangan ini dilihat secara umum.

midvalley

"tok,tok,tok.....k ooooo k........"

"sape pulak yg ketuk2 pintu aku nih",aku kebengangan sebab ade orang yang kacau tido aku.

rupa-rupanya firdaus yg mengetok pintu aku "hampeh!"

"apsal?"

"zul ajak g midvalley"

aduss..aku pon dengan kemamaian yang terlampau terus bgn and tgk hanfon."makaih!!! da kol 10 lbh da".aku terus bersiap..


sampai je kat mid je tros main pusing2 kat tmpat parking kete..ssh gle nk cri tmpat paking nih..lantas aku pon mengeuarkan satu idea yang bernas."ape kate lpas ni kte cipta kereta yang bole betuka jadi kapsul.kan sonang..xdela masalah xde tmpat paking..hahaha..gile kan?

pastu masuk dalam mid terus g kat isetan(bkn aku setan).igtkan bole trus interview rupe2 nye kene g HQ die kat KLCC.hampeh tol..so,ktorg pon decide utk berputar2 dalam mid..pegi tmpat game la..men daytona siott!!hafizul blanje..hahaha..aku dapat no 4..wakakak..

pastu kitorg g kat makan court..igt nk lunch tp xjd.so,ktorg mam tiramitsu dan air sahaja..kitorg lpak kat mid sampi kol 5.30..pastu bertolak balik ke pantai dalam..g uma zul dlu.

kat pntai dalam ktorg solat asar kat surau al-ikhlasiyyah..

pastu balik tros g makan kat batu.fuh..gile aku order nasik goreng seafood nasik tambah ngn telor mate pedas kaw2..tp x pedas pon..hak3..kene la sampi rm7.50..hahah..abes duit aku..

papepon arini enjoy je..ilangla kejap kerungsingan aku..hik3..

dah2 tu je aku nk cite..bubye..




Wednesday, July 29, 2009

aku seorang,berseorang dan keseorangan!!

dah hampir 5 hari aku tinggal sorang2 kat IPB ni. Sunyi jek aku rase.

tp,amat tenang suasana IPB ni...xpayah susah2 nk pegi tepi laut ke ape nk cari ketenangan.kat sini pon boleh.hehehe..

disebalik ketenangan ni aku rasa keseorangan.tanpa teman , tanpa gelak ketawa yang menghiasi hidup aku terasa amat memboringkan.

sejak akhir2 ni jiwa dan hidup aku rasa kosong.

aku tak taw nk luahkan segala perasaan da masalah aku pada siapa.

aku da semakin penat nak teruskan hidup camni.hidup berkeseorangan.aku perlukan seorang teman.tp , siapa?

org kata cinta itu hadir tanpa dipaksa.adakah aku perlu menunggu cinta datang bertandang ke hati aku baru aku memulakan langkah?apakah aku perlu menjadi seorang lelaki persis playboy?

aku pening..aku tetap aku..apakah aku perlu bertukar karektor dan lantas menjadi seorang yang hipokrit atau aku perlu menjadi diri aku sebenar dan menunggu orang yang dapat menerima aku seadanya?

hakikatnya, aku masih buntu dalam menggarap karektor aku sendiri sehingga menyebabkan aku hanyut dan sering terlepas peluang yang di hidang di depan mata.

semoga Allah mempertemukan aku dengan jodoh yang mengikut kehendak-Nya..Ameen..


Saturday, July 25, 2009

baskin robbin

assalamualaikum.

hari ini masuk hari ke tiga aku keje di baskin robbin.
seronok kemain.
dapat makan eskem free..
hehehe..
sape xnk kn?

next week lak UITM cuti seminggu.
adus..
mesti keboringan melampau nanti.
xtaw nk buat ape.



Saturday, July 18, 2009

kebengangan!!

aku rasa bengang sangat bila harapan aku nak mohon MARA sem ni hancur.

kalau tak nak kasi bagitau awal2..bukan bagitau malam sebelum hari kene hantar.

aku kecewa sangat.

terpaksalah aku kerja sambil belajar lagi sem ni.sbenarnya aku da cukup penat nak kerja.ingat sem ni aku nak rileks and tumpukan pada studdy aku.tak payah la aku nak divide kan masa aku untuk belajar,kerja,tidur,study..

aku pun tak paham kenapa akak n mak aku x kasi amek.adakah aku ni terlampau bodoh?
dorang kata "loan ni mewah time blaja je.karang nak bayar sakit."

abes,buat ape aku maintain pointer aku?saje2 je?salah kah aku amek MARA?

seriously,aku tak pernah rasa ada motivasi untuk belajar.boleh dikatakan sepanjang dua sem lepas 2 minggu sekali aku mesti singgah ke unit kaunseling.semata-mata untuk dapatkan motivasi untuk belajar.

aku nak jugak jd cam student lain yang bole rilek tumpu untuk belajar je.tak payah nak pikir2 untuk kerja carik duit.

esok aku da start kerja balik kat haji samuri.tp,bezanya kali ni kat cawangan taman melati.aku tak tau lagi apa suasana kat situ.mintak2 la lagi best dari kat wisma dato nazir.dan aku harap kerja aku ni xakan memberikan efek pada study aku.

aku terfikir untuk kerja,cari duit bayar hutang yuran n bila da langsai aku ingat nak tangguh semester.aku da penat macam ni.biarlah orang nak kate aku ni cepat putus asa.lantak dorang lah.aku da xlarat hidup sebulan rm100 je..orang gila pon xsanggup.bukannya aku ade mummy sugar ke nak support aku.

aku hanya berharap Allah dapat berikan aku jalan untuk mnguruskan hidup aku.semoga aku mendapat hhidayah daripada Allah.Amin..



Saturday, July 11, 2009

kesedihan..

salam.

aku akan meninggalkan blog ini untuk satu jangka waktu yang agak lame cz akak aku nk pkai broadbang..
waaaa~...
sedihnyer..
rindu kat blog aku..
rindu kat mmber2 chat aku..
rindu kat mespes,tagged..

Friday, July 10, 2009

PPSMI dimansuhkan?

apa rasionalnya?

saya secara tegas menolak keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI.

saya agak sukar untuk menerima alasan pemansuhan PPSMI yang dinyatakan oleh pihak kementerian pelajaran.Alasan yang diberikan adalah kerana selama 6 tahun perlaksanaan PPSMI tidak meningkatkan pengukuhan bahasa inggeris para pelajar.

satu alasan yang saya kira amat bodoh.adakah untuk belajar bahasa inggeris kita perlu belajar math n science?

sepertimana yang diterangkan di lawan web MOE mengenai dasar PPSMI ialah ,

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

sudah terang lagikan bersuluh , rasional PPSMI diperknalkan adalah sebagai langkah untuk memastikan penguasaan mathematic dan science yang mana hampir keseluruhan sumber datangnya berbahasa inggeris.jika kita hanya mahu bergantung pada penterjemahan semata-mata,maka pengusaan ilmu kita akan menjadi perlahan.


masalah guru

masalah guru tidak mencukupi adalah tanggungjawab kerajaan dan kementerian pelajaran.saya ada juga mendengar khabar angin bahawa punca kegagalan PPSMI ini adalah kerana sabotaj oleh guru-guru.betul atau tidak,waallahualam.

jika benar dakwaan itu , maka teramat bodoh lah guru-guru tersebut.maaf saya bukan merujuk kepada semua guru.

guru yang mempunyai sifat memntingkan diri sendiri amatlah memalukan.walaupun elaun diberikan , latihan dan kursus disediakan oleh kerajaaan ,tetapi melakukan sabotaj ini menunjukkan tahap mementingkan diri-sendiri guru tersebut.

pengalaman

saya merupakan batch yang pertama untuk PPSMI.bermakna saya di tingkatan 1 pada tahun 2003 , pada awal pengenalan PPSMI , saya dapati banyak rungutan dan bantahan daripada ibu bapa.tetapi , selepas 3bulan selepas itu , rungutan menjadi pujian.

alhamdulillah,saya mendapat keputusan yang baik dalam PMR.semasa ditingkatan empat , saya mengambil aliran sains tulen.alhamdulillah, SPM pon masih ok.

saya teringat seorang guru kimia saya.cara beliau mengajar kimia mengagumkan saya.beliau tidak perlu fasih berbahasa inggeris tetapi cukuplah beliau tahu dan faham apa yang diajar.beliau masih lagi mengajar menggunakan bahasa melayu,tetapi segala rujukan dan latihan diberikan dalam bahasa inggeris.kenapa beliau lakukan begitu?kerana apabila kita merujuk dalam buku teks yang berbahasa inggeris , kemudian diterangkan oleh guru dalam bahasa melayu , secara tidak langsung kita menambahkan glosari kita.dan pemahaman kita menjadi mudah.

ketika saya mlangkah ke IPTS(IPB) , semua manual dan buku teks subjek ditulis didalam BI kecuali CTU,HPD.namun, kami masih lagi menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar.cara ini lagi memudahkan parapelajar untuk memahami sesuatu topic.

cadangan

saya bersetuju dengan tun M.jika hendak dimansuhkan,mansuhkan di peringkat sekolah rendah tetapi diteruskan di peringkat sekolah menengah disamping melakukan beberapa pembaikpulihan yang difikirkan perlu.ini penting kerana , subjek2 tersebut akan diajar di dalam bahasa inggeris di IPT.maka, ianya bole menjadi satu langkah persediaan kepada para pelajar.jika tidak , ianya akan melambatkan perkembangan dan pemahaman ilmu kepada pelajar.

selain itu, kerajaan juga boleh menimbangkan agar segala buku rujukan yang disedia adalah berbahasa inggeris dan terbaru.tetapi , proses pengajaran mengikut kreativiti guru-guru.sama ada hendak mengajar dalam bahasa melayu atau inggeris.saya yakin lebih ramai akan mengajar dalam bahasa inggeris.

kerajaan juga boleh boleh menimbangkan untuk mengadakan kursus pemahaman subjek math n science di dalam BI.seperti kursus English for science and technology.kursus ini boleh dilakukan secara berperingkat dan dan di berikan sijil kelayakan selepas mengikuti kursus ini.kemudian,hanya guru-guru yang mempunyai sijil ini sahaja yang diberikan elaun.

gelagat pembangkang

saya amat menyampah tahap dewa terhadap pihak pembangkang.mempergunakan golongan sasterawan.kalau begini la sikap yg ditunjukkan oleh pembangkang,menyekat perkembangan generasi akan datang atas nama kononnya mempertahankan bahasa melayu lebih baik dibunuh sahaja anak-anak anda.punyalah rendah tahap nasionalisme mereka ini.kenapa Anwar tak berucap di washington menggunakan bahasa melayu?owh...mesti die jawab , "dorang tu xpaham bahasa melayu.so,kenela ckp BI".bodoh!!aku benci manusia ini!!


fikirlah masa depan anak-anak kita.bangsa yang tidak dinamis adalah bangsa yang akan pupus.
nasionalisme bukan lah bermaksud mempertahankan bahasa melayu sahaja tetapi , bagaimana untuk mempastikan survival bangsa kita akan terus berkekalan dan seiring dengan kemajuan semasa.




Sunday, July 5, 2009

remaja tajdid

salam.


aku dapat ilham lagu ni time aku kerja di haji samuri.
masa aku tengah duduk sorang2,ilham lagu ni pon datang.
hayatilah...

wahai remaja tajdid,
wahai remaja tajdid,
wahai remaja tajdid...

ingatlah tanggungjwabmu , menegakkan islam
usahlah,janganlah kau merosakkan diri
ikutilah,contohilah..sunnah rasulullah..
hidupmu,umurmu pasti diredhai Allah

wahai remaja tajdid,
wahairemaja tajdid,
wahai remaja tajdid..

kuatkan iman dan amal
menepis godaan syaitan
bangunlah bersama kita menyebarkan dakwah
agar hidup kita berkat

C/O

bangunlah..
bersama..
menegakkan syiar..
bersatu..
berpadu..
menyebarkan dakwah..

Friday, July 3, 2009

terharu!!

hari ini aku terkejut tetiba mak panggil aku ngn adik aku masuk bilik.

"nah,buat belanja.jimat2 sikit", kata mak sambil menghulurkan RM100 kat aku.

lepas tu , mak hulur rm900 kat adik aku untuk bayar yuran die isnin depan.

aku tergamam.

tak pernah terlintas kat kepala aku nak mintak duit kat mak.walaupun sekarang ni aku takde duit langsung untuk berbelanja kat hostel nanti.aku seboleh-bolehnya xnk susahkan mak."terima kasih mak".

aku terus berlari ke atas.

air mata aku mngalir laju.saat entri ni di tulis pun air mata aku masih mengalir.mmikirkan pengorbanan mak walaupun dia bukanlah ibu kandung aku tapi aku da anggap dia mcm mak aku sendiri.

aku bersyukur sangat.di saat aku kesusahan, bantuan datang.alhamdulillah.Ya Allah , kau limpahkan rahmat dan rezekiMU kepada mereka yang menolong aku ketika senang dan ketika susah ya Allah.ameen...

sehari penuh dugaan

salam

hari ni merupakan hari pendaftaran semester 3 diploma bussines study. Hari yang aku tunggu-tunggu(xsabar dah).

0730am,

aku bersiap-siap.palan aku hari ini nak pergi kepong dulu ambil duit kat akak aku n then terus pergi daftar kat IPB.malangnya,hujan mencurah-curah sehingga jam 1015am.

1020am

hujan mula reda sikit n aku terus start motor n memulakan perjalanan ke kepong.perlahan je aku bawak.jalan licin , so kne hati-hati sikit.aku sampai di kepong tepat jam 1120am.lepas ambil duit , aku terus rider ke IPB.dalam perjalanan tu, aku baru teringat yang aku tertinggal kad matrix(adus~!).terpaksala aku balik bangi dulu.so , aku terus masuk jalan menghala ke seremban.nak di jadikan cerita , tngah-tngah aku mamai(smalam x tido~) boleh pulak aku tersilap masuk jalan.nah~~..maka , sesat lah aku sampi ke klang.

1325pm

stelah bertungkus-lumus mengharungi cabaran hampir 2 jam tersesat akhirnya aku nmpak jugak jalan pulang(hati aku sntiasa berdoa~).sampai kat rumah aku dapatu yang baju aku da bau asap(haha~!).aku pun mandi.tepat jam 1340pm aku terus bergegas semula ke IPB.

1430pm

aku sampai di IPB dan melangkah ke meja pendaftaran.sunyi je.sume orang da daftar pagi.brape kerat je yang daftar petang.alhamdulilah,aku dapat jugak asrama.tp,aku kasihan sahabat-sahabat aku yang lain ramai yang x dapat asrama.mane la dorang nk duduk.pendaftaran aku habis jam 1530pm.pastu lepak2 ju p member-member.suddenly,aku trnampak beberapa orang junior aku mase kat darul kifayah dulu.aku x nak tegur dulu , biar nanti dorang da habes orientasi biar aku terjah dorag(haha~).

1700pm

hafiezul ajak aku makan mcD.die nk blanje,aku ikut aje.so,aku pun bawak la die pergi ke JJ.mula-mula mmg igt nk mkn mcD.tp lepas aku kate"mcD mahal tp makanan sikit.KFC mahal tp makanan banyak".so,kami pon beralihla ke KFC.wah..merasa gak akau makan KFC uang bru tu..apr tah name die..fiery chicken kot..haha..acara santap-menyantap ni habis jam 1800pm.aku hantar zul ke bangsar kmudian aku terus balik.itu xpe lagi, boleh pulak time aku balik tu tersesat lagi sampai ke dengkil(adus~!)..minyak lak kontang..maka,sbagai hamba ALLAH,aku bertawakal dan mempress minyak motor ke tahap maksimum dengan harapan menemui stesyen minyak.akhirnya, setelah hampir 25min berhempas-pulas aku ternampak jalan ke bangi dan aku tau disana terdapat SHELL.aku sampai rumah jam 1930pm.

1930pm

aku ingat nak tido sekejap sebab pukul 2100pm aku nk pergi stadium kajang.ada ceramah anwar mengenai kes liwat dia.aku cuma nak dengar autar die je.tp,nk wat camne , xde rezeki.aku tertido sampi kol 0050am.terjaga je agak terkejut beruk jugaklah..mungkin ada hikmah dia ALLAh x bagi aku pergi ceramah tu.


sampai di sini aje.aku agak letih satu hari penuh dugaan.tp,alhamdulillah aku da mendaftar dan tinggal untuk start kelas aje.bye~


Wednesday, July 1, 2009

terima kasih sahabat!

salam.

saat aku menulis blog ni air mata aku sedang bercucuran. Terharu memikirkan betapa berharganya mempunyai kawan.bukan sekadar kawan biasa tetapi kawan yang membantu tika senang dan susah.

hari ini aku di timpa pelbagai masalah berkaitan duit.duit yuran Rm 500 masih kekurangan rm 150.spatutnya mengikut percaturan aku sepatutnya malam ni dah cukup duit aku.tetapi atas masalah peribadi dan juga faktor2 dalaman dan luaran yang terpaksa aku hadapi menyebabkan bajet aku lari.aku cuba untuk seboleh-bolehnya tidak meminjam wang dari sesiapa , tetapi aku terpaksa.kalau tidak , mungkin aku tak boleh mneruskan pengajian aku.

mujur aku ada rakan-rakan yang sanggup membantu menghulurkan bantuan.walaupun sedikit tetapi ia banyak membantu.terima kasih rakan-rakan.semoga Allah memberikan rezeki lebih kepada kalin..insyaAllah , aku akan bayar semula tepat 21 haribulan ni. ini janji aku!.

aku bersyukur sangat..Allah banyak membantu aku ketika aku susah.tapi,selalunya akulah yang sering lupakan Allah..ya Allah..ampunkan aku , kedua ibubapaku , adi-beradikku,kaum keluarga ku,sahabat-sahabatku , orang-orang yang mengenaliku dan seluruh umat islam...permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat..ameen..