BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 30, 2009

berubah untuk memimpin perubahan.

salam.

Tinggal lagi dua hari sebelum saya mendaftar semester 3 di Institut Profesional Baitulmal.hari ini saya dapat satu khabar angin yang agak mentensionkan. Khabarnya , semester baru ni banyak pelajar yang terpaksa duduk luar oleh kerana ramainya pelajar baru yang masuk mendaftar. Betul ke khabar angin ni? Atau sekadar perkhabaran yang dibuai angin lalu sahaja? Apa-apa pun , tunggu dan lihat 2 julai ni.


***

Semester baru ini insyaallah saya akan dilantik sebagai setiausaha MUPIS. Saya rasa jawatan ini tidak bersesuaian dengan saya apatahlagi saya baru sahaja berkecimpung dalam arena MUPIS. Hopefully , saya dapat melaksanakan tugas saya dengan sebaik-baiknya dan selebihnya saya serahkan kepada Allah s.w.t.

Saya mengharapkan perubahan dalam MUPIS.

Sepanjang satu sem diluar MUPIS dan satu sem didalam MUPIS , telah memberikan saya banyak pengajaran dan pengalaman. Saya berpendapat bahawa MUPIS memerlukan gelombang Tajdid(perubahan). MUPIS sekarang perlu berbeza dengan MUPIS di awal penubuhannya dulu. MUPIS perlu di lihat sebagai badan dakwah yang aktif dalam menyebarkan dakwah secara dinamik. Bukan sekadar dakwah yang berlegar di dalam surau at-tholabah sahaja bahkan perlu lebih dari itu.

Saya lebih suka jika MUPIS mengetengahkan konsep dakwah berasaskan "amar makruf nahi mungkar"..iaitu tidak perlu terlampau fanatik dan mengamalkan kesederhanaan dalam berdakwah. ingatlah bahawa tugas dakwah itu terletak pada bahu setiap muslim. Jadi , kita perlu mengajak mereka melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan dengan cara bersederhana. Sesungguhnya , islam itu hebat pada kesederhanaannya. Kaedah ini di lihat dapat dilaksanakan secara dinamik dengan menghidupkan suasana kekeluargaan(usrah). Saya yakin , hanya dengan suasana dan persekitaran berkeluarga sahajalah dakwah dapat diterima oleh semua pihak.

Dan saya juga berpendapat bahawa ahli majlis tertinggi MUPIS perlulah mesra ahli. Apa guna mempunyai ahli yang ramai tetapi ahli-ahli di abaikn? Saya teringat akan kata-kata seorang pemimpin, " kekuatan sesuatu organisasi itu bukan terletak pada kewibawaan pemimpinnya tetapi kerana hebatnya ahli-ahlinya memilih pemimpin !".

Fikirkan dan laksanakan satu kaedah yang bersesuaian agar hubungan majlis pimpinan dan ahli menjadi akrab. Seakrab hubungan persaudaraan islami yang dianjurkan oleh islam. Sesungguhnya setiap muslim itu ibarat dinding yang melindungi saudara muslim yang lain. Rancanglah aktiviti bersama ahli-ahli supaya mereka tidak terasa terpinggir dengan MUPIS.

Saya juga berharap agar MUPIS yang dipacu oleh saudara syazza selaku amir MUPIS dapat melaksanakan satu perubahan yang drastik dan praktikal dalam usaha memacu MUPIS ke arah kegemilangannya.

ya!! saya bercita-cita agar gelombang tajdid akan ditiup secepat mungkin. Saya berkeyakinan bahawa MUPIS pasti akan menjadi semula entiti yang dihormati dan di segani di IPB.

Maka, saf qiadah dan majlis pimpinan tertinggi MUPIS perlulah bersedia untuk berubah sebelum kita melaksanakan tanggungjawab merubah orang lain menjadi lebih baik. Sesungguhnya , perubahan itu memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan, perubahan itu akan menjadi sia-sia.




Monday, June 29, 2009

hari terakhir

salam.

hari ini hari terakhir aku bkerja di restoran haji samuri.
sepanjabg 23 hari ni aku dapat banyak pengalaman dan pengajaran.insyaallah,kalau xde apa aral,aku akan transfer ke hj samuri taman melati lepas aku daftar masuk belajar.

sepatutnya harini hari gaji.dalam semua pekerja,aku sorang je yg belum dapat gaji.mana taknya,gaji die bagi pagi.aku start keje petang.hasil perbincangan aku ngn supervisor , dia suruh aku pergi ke pejabat urusan hj samuri di sungai ramal.apa-apa pun,esok tengok la camne.

aku amat menghargai pertolongan dan bantuan yang diberikan oleh pekerja2 disana.sporting gile beb!.insyaallah cuti sem akan datang aku akan bekerja disitu semula.

Sunday, June 28, 2009

bila Melayu berpecah!

assalamualaikum w.b.t

Di permulaan idea Kerajaan Perpaduan di canang , semangat orang-orang Melayu mula membara. Mengharapkan satu wadah penyatuan bangsa Melayu dapat dilaksanakan demi kepentingan bangsa Melayu yang di lihat semakin goyah akibat perpecahan dan desakan bertubi-tubi oleh kaum-kaum lain.

Namun , langkah murni itu akhirnya di batalkan tanpa diberi ruang meskipun belum lagi bertemu dan berbincang secara jelas dan teliti. Ibarat satu laungan kosong yang di laung untuk menaikkan semangat orang2 Melayu dan akhirnya terpaksa tunduk kepada desakan orang2 bukan Melayu. Tak malukah kita atau kita sudah tidak mempunyai kemaluan?

Kenapa begini nasib bangsa Melayu? Tatkala kaum lain yang berlainan fahaman politik dan agama dapat duduk semeja berbincang mengenai nasib kaum mereka dan bersepakat apabila hak mereka ditindas. Tetapi , mengapa orang melayu terlalu ego untuk berpadu?terlalu ego untuk bersepakat? Adakah alasan untuk menjaga hati rakan bukan Melayu yang terang-terangan menentang Melayu?

Gara-gara fahaman politik yang berlainan telah memecah belahkan orang melayu islam. Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa setiap muslim itu bersaudara? Jadi , kenapa dipersaudarakan orang bukan Islam dan diperkafirkan sesama Islam??

Apakah tidak ada ruang untuk umat melayu bersatu semula dan menjadi kuat agar hak kita terpelihara? Adakah hak-hak kita hanya perlu dijaga oleh raja-raja Melayu sedangkan kita berpecah dan lemah hanya disebabkan perbedaan fahaman politik?

wahai pemimpin-pemimpin Melayu Islam!!!

demi ALLAH!!
bangkitlah..
buangkanlah egomu!!
bersatulah demi kemashalatan umat Melayu dan Islam.
bukan bersatu demi kepentingan politik..


Ingatlah!!

Melayu bakal kehilangan satu-satunya kuasa yang tinggal iaitu politik sekiranya senario perpecahan ini berlanjutan. Kaum-kaum lain akan semakin liar menekan kita dan mendesak agar hak-hak kita di hapuskan. Dengan cara itulah mereka akan dapat berkuasa!!!

new template

salam..

tukar lagi template blog aku..
kali ni jenis kotak-kotak..
simple..
sesimple otak aku sekarang
nk wat sume bende pon simple..
malas nk pikir2..
sampikan duit kat tangan ada RM80 je.
sedangkan yuran RM500...
haha..
simple kn?
mula2 igt nk save,tp,tbe2 unexpected events datang,so x terelakla aku..
huhu..
anyway,aku harap aku akn terus simple n humble..
ameen..

Saturday, June 27, 2009

heppie besday!!!

salam

25/6/2009

-hari ini merupakan hari jadi mak tiriku(aku xske sbnrnye sebut tiri2 ni) yang ke 41(muda lg..hehe).aku,kakak aku dan adik aku bertungkus lumus untuk menjaya jamuan ringkas untuk menyambut hari jadi mak.kitaorang beli kek aiskrim..sedap ooo..huhu..ada sate,ais cream,float...memang banyak la makanan malam tu.kenyang tahap dewa kitorang.tp,di sebalik kkenyangan aku , terselit kesedihan..mana taknya..sume tu pakai duit aku..habis la jugak RM150.bukan aku nk berkira,tp...tu duit yuran aku..waaaaa...tp ,xpe..duit bole die cari,kebahagiaan mane nak carik..btol x kawan2??hehe..mntak2la dorang byr blek dwit aku..kate nak share..huhu..anyway, mak...selamat hari lahir..moga panjang umur murah rezeki, naik gaji , jauh hutang , dan mndapat keberkatan dalam hidup..ameen..



27/6/2009

-hari ini pulak besday auntie helen.fuh..kene kejut ngn adik aku.."bangun,bangun!jas suruh pergi rumah auntie helen..besday die arini"..dengar je nme auntie helen(duit..hehe)...Zzuupp..trus aku bgun n pergi siap2 mandi..tepat jam 12.45 ktorang gerak dari rumah n sampai kat rumah auntie helen dalam kol 1.30.sempatla jugak aku tertidur atas motor td sampi salah masuk jalan..haha..ingatkn da lewat coz akak aku kate start kol 9 pagi.alih2,besday girl tu bole x bangun lagi..ish3..so,ktorang pon masak n wat la ape yang patot..pukul 5 bru die turun..barula perut aku terlepas dari seksaan kelaparan..haha..pukul 7 aku mintak diri dulu cz aku balik sorg2..mase nk blah tu,auntie helen hulur la ckit duit kat aku..haha(makin berduitla aku.)..n then, aku mneruskan perjalan ke rumah dengan selamatnya.anyway,auntie..heppie besday..wishing u prosperity n happiness..bussiness sudah ong nanti,jgn lupe blanje kfc haa..

Tuesday, June 23, 2009

pencen masuk!!

salam..

hari ni pncen mak abah masuk..RM534..huhu..tp,td da gune rm rm300:-1)Rm80-byr duit ain. 2)Rm 120-baiki motor. 3)Rm 100-rm60 wat modal bisnes topup.rm 40,bli beras n barang harian..


sekejap je rm300 melayang.bulan ni aku xbayar bil broadband dan installment motor..haha..nk bayar duit yuran rm500.ntah tbe2 bajet x ckup plak.igt duit gaji tmbah duit pencen ckup.tbe2 lari bajet.sebab gaji kerje kira start 15 hrbln,bkn start 1 aribulan..so,aku masih short dalam rm 150 lg..
mane nak cekau rm 150 ni??ade idea??


hmm..aku cuba gak nk ckupkan duit yuran aku walau papepon..by hook or by crook,aku kene hadir 2/7 dan daftarkan diri aku kat IPB.rindu lak kat IPB tu..haha..mase kat sane rindu kat umah.ble kat uma rindu kat sane lak..huhu..

doakn aku dapat cekau duit bagi cukup untuk bayar duit yuran nih..klu x mampus den..alamatnya,x blajo la den taun depan..huhu..


Saturday, June 20, 2009

menanti semester baru...

assalamualaikum.

MENITI MASA

tinggal lagi 12 hari lagi sebelum aku mendaftar semester ke-tiga sebagai seorang pelajar diploma in bussiness study.dah makin tua dah aku ni..hopefully,semester mendatang ini mampu mematangkan diri ini..dalam meniti 12 hari ini,aku akan habiskan masa dengan bekerja di hj samuri.sekurang-kurangnya dapatlah jugak duit untuk bayar yuran pengajian-RM500.dah 2 sem aku tak minta pinjaman MARA.macamana aku hidup??kerjalah!..ada kerja,ada duit,tak ada kerja tak ada duit,tak ada duit,takda makan,takda makan,takpa.asalkan ada duit balik rumah..huhu..balik rumah,makanla..


naik semester 3 ni,aku nak buat pinjaman MARA walaupun aku dengar khabar angin yang pihak MARA akan sekat sementara pinjaman MARA sebab kegawatan ekonomi.betul atau tidak,wallahualam..aku doakan aku boleh dapat MARA sem depan..memang aku ada terima pencen arwah mak dan ayah aku yang keseluruhannya berjumlah RM530 sebulan..tak cukup ke?tidak!!..tolak duit motor RM250,duit Broadband RM150.baki=RM130.bayangkan aku hidup sebulan dengan RM130 sahaja sepanjang 2 semester.dari RM 130,topup RM20,maggie(stok)RM20,minyak(klu jimatla) RM 30,dan yang lebih tu wat belanja makan dan benda-benda lain.selama 2 sem hidup aku hanya pada buku,maggie,internet.tak pernah lagi aku keluar tengok wayang,shopping dan sebagainya.


walaubagaimanapun,alhamdulillah!..aku berjaya gak hidup dan keadaan aku macam tu.tapi,nak meneruskan hidup macam tu lagi,memang aku tak sanggup.kalaulah di takdirkan Allah aku diuji macam tu lagi,aku redha..aku jarang cerita tentang masalah aku ni.sebab kalu aku cite,orang akn tanya,"cmne ko bole thn ek?".haha..senang je..buat rilek sudah..huhu..


itulah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsikan..bye2~


Friday, June 19, 2009

berpolitik??

assalamualaikum.

  1. Saya bukanlah seorang ahli politik. Saya baru berusia 19 tahun. Namun begitu , politik sudah menjadi sebahagian dari diri saya. Bukanlah bermaksud saya datang dari keluarga yang berkecimpung dalam arena politik.

  2. Saya cumalah seorang melayu yang bercita-cita ingin meng'ULTRA'kan orang melayu disamping membangunkan negara Malaysia ini ke satu tahap yang melebihi negara-negara maju di dunia..Ya!..itulah impian dan harapan saya.

  3. Dalam usaha meng'ULTRA'kan melayu , saya tidak lupakan juga nasib kawan-kawan cina dan india saya. Saya yakin dan percaya bahawa agenda memperkasakan kaum mereka adalah lebih utama bagi mereka sebelum memikirkan hal lain.

  4. Bangsa melayu perlu diperteguhkan lagi. Janganlah melayu hanya sinonim dengan politik sahaja , tetapi orang melayu perlu melakukan satu anjakan paradigma yang menyeluruh dalam misi memperkasakan melayu.

  5. Apabila melayu perkasa , melayu akan di hormati oleh kaum-kaum yang lain. Jika kita lemah, kita mudah di tindas dan diperkotak-katikkan oleh kaum lain yang hanya menunggu ruang kelemahan kita terdedah.

  6. Janganlah saya di cap sebagai racist pula. Saya bukan seorang racist. Saya masih lagi mempunyai sahabat-sahabat karib dikalangan bukan melayu. Saya masih lagi menerima pemikiran dan ketamadunan serta kebudayaan kaum cina , india dsb.

  7. Oleh itu , saya mengajak saudara/i menghayati puisi melayu mudah lupa oleh Tun Dr M.-

    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa

    Dulu bangsanya dipijak

    Melayu mudah lupa

    Dulu bangsanya retak

    Melayu mudah lupa

    Dulu bangsanya teriak

    Melayu mudah lupa

    Dulu bangsanya haprak

    Melayu mudah lupa

    Dulu bangsanya kelas dua

    Melayu mudah lupa

    Dulu bangsanya hina

    Melayu mudah lupa

    Dulu bangsanya sengketa

    Melayu mudah lupa

    Dulu bangsanya derita

    Melayu mudah lupa

    Dulu bangsanya kerdil

    Melayu mudah lupa

    Dulu bangsanya terpencil

    Melayu mudah lupa

    Tiada daulat
    Tiada maruah
    Tiada bebas

    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa

    Sejarah bangsanya yang lena
    Tanah lahirnya yang merekah berdarah

    Ingatlah
    Ingatlah
    Ingatlah

    Wahai bangsaku
    Jangan mudah lupa lagi

    Kerana perjuanganmu belum selesai

  8. perjuangan memartabatkan MARUAH melayu yang masih belum selesai.

kerajaan perpaduan!

assalamualaikum..

  1. Sejak kebelakangan ini , malaysia kecoh dengan idea Kerajaan Perpaduan (UG). Kekecohan ini semakin membesar selepas muktamar PAS ke -55 baru-baru ini. Semasa sidang tersebut , Datuk Haji Hadi Awang -Presiden PAS telah melontarkan idea tersebut.
  2. Soalan yang bermain dibenak saya, Apakah yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan ini? Adakah gabungan antara PAS-UMNO? Adakah proses kemasukan PAS kedalam UMNO?masih ramai lagi yang tertanya-tanya tentang tujuan dan hala tuju cadangan Kerajaan Perpaduan ini.
  3. Pada hemat saya , adalah lebih harmoni sekiranya kita hanya mempunyai beberapa parti yang mewakili kaum masing-masing. cth : MELAYU , CINA , INDIA , dan BUMIPUTRA sabah&sarawak.
  4. Janganlah pendapat saya ini di sanggah dengan kata-kata tidak demokratik dan seumpanya. Ia hanya pendapat saya sahaja. Walaubagaimanapun,izinkan saya menerangkan rasionalnya.
  5. Sekiranya setiap kaum di malaysia mempunyai satu parti yang mewakili kaum masing-masing dan kemudian di satukan dan diletakkan dibawah satu payung yang dinamakan kerajaan perpaduan. Saya percaya cara ini akan lebih efektif untuk memastikan setiap kaum mendapat pembelaan yang sewajarnya dari pihak kerajaan. Sebagai contoh , suara kaum india dapat di dengar oleh kerajaan secara terus . Tidak lagi berlaku india kerajaan(MIC) diutamakan dan india pembangkang(HINDRAF,PKR dan dsb) dianak tirikan. Begitu juga dengan kaum-kaum lain di Malaysia.
  6. Ini sekadar pendapat saya sahaja. Mungkin betul dan mungkin salah. Terpulanglah kepada anda untuk membaca , memahami dan menafsirnya sendiri. Sebarang kritikan di alu-alukan..

Wednesday, June 17, 2009

.:|:. 1Malaysia .:|:.




.Assalamualaikum.

<.:::.> Sepanjang hampir 2 bulan DS Najib menjadi PM , beliau telah memperkenalkan konsep Satu Malaysia(1Malaysia). Ramai yang terkeliru dengan maksud sebenar konsep yang cuba disampaikan oleh DS Najib ini. Ada juga yang mengambil kesempatan memutarbelitkan fakta untuk mempengaruhi pemikiran rakyat dan ada juga pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeksploit maksud sebenar konsep tersebut demi menuntut perkara-perkara yang tidak masuk akal dan membelakangkan kontrak sosial yang telah lama dipersetujui oleh bapa-bapa kemerdekaan kita.

<.:::.> Bagi saya , konsep Satu Malaysia(1Malaysia) ini mempunyai maksud dan objektif yang tersirat dan tersurat. Pada dasarnya , konsep ini memainkan peranan sebagai medium perpaduan rakyat malaysia yang merupakan kesinambungan dari dasar perpaduan yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan terdahulu.cth:Bangsa Malaysia(dr.M) , Misi Nasional(TAAB).
Sebagaimana yang diterangkan oleh DS Najib sendiri di dalam blog beliau bahawa konsep ini bukanlah seperti konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Tetapi konsep ini menjunjung dan mendaulatkan perlembagaan dan tidak akan sesekali menyimpang dari roh perlembagaan( seperti perkara 3, perkara 4, perkara 152, perkara 153, bahagian 2 dan bahagian 3 teras perlembagaan). Ianya juga merupakan penunjuk haluan ke arah matlamat Bangsa Malaysia dalam Wawasan 2020.

<.:::.> Secara mudahnya , kerajaan akan melaksanakan segala tanggungjawab berdasarkan prinsip keadilan untuk semua kaum. Semua kaum berhak mendapat hak masing-masing. Namun begitu , hak mereka yang memerlukan akan tetap dipelihara oleh kerajaan(cth:miskin tegar,minoriti) . Analoginya , baru-baru ini , kerajaan telah melaksanakan Dasar Liberalisasi Ekonomi di mana dapat memberikan ruang dan peluang kepada semua kaum untuk maju kehadapan. Walaubagaimanapun , Kerajaan akan tetap mempastikan bahawa tidak ada satu kaum pun yang akan ketinggalan dalam menongkah arus Liberalisasi Ekonomi tersebut.

<.:::.> Sesungguhnya , perpaduan kaum merupakan teras pembinaan Negara Bangsa ke arah mencapai Wawasan 2020 yang perlu dipandang serius oleh semua bukan sahaja dari Pihak Kerajaan bahkan dari Pihak Pembangkang . Ketika negara sedang bergolak dengan masalah kegawatan ekonomi , masih ada lagi pihak yang mengambil kesempatan untuk memporak perandakan lagi negara ini. Bersatulah wahai rakyat Malaysia , tidak kira Melayu , Cina , India , Iban atau Kadazan , lupakanlah semangat ras masing-masing. Berpadulah kita dalam membina Negara Bangsa yang utuh dan kukuh di bawah payung 1Malaysia. Hormatilah hak orang lain , dan orang lain akan menghormati hak anda.

<>Tuntasnya , terbangnya belon bukan kerana merah ,biru atau kuning warnanya. Tetapi , terbangnya belon kerana gas yang diisi di dalamnya.Begitu juga dalam usaha pembinaan Negara Bangsa yang maju yang mana bukan setakat maju dari aspek pembangunan , bahkan maju dari segi pemikiran , tamadun , sosial dan intelektual, perlulah mengamalkan semangat perpaduan sebagai konkrit pembinaan negara. Bak kata pepatah,"bersatu kita teguh,bercerai kita roboh "







Monday, June 15, 2009

antara adab dan ego

Assalamualaikum.


Hari ni kat tempat keje x berapa sibuk macam semalam. Aku ada banyak masa utk berehat sambil berbual2 berkongsi pengalaman dengan abg2 kat tempat keje aku. Antaranya , abg kholiq yg menjadi ketua tingkat atas. Dia banyak membantu aku , siap ajar kat aku camne nk seludup sate keluar dari Haji Samuri..haha..

Tapi , apa yang aku nk kongsikan ialah kekecewaan beliau terhadap bangsa kita - Melayu. Beliau secara terus terangnya menghormati orang melayu atas dasar orang melayu dan indonesia asalnya serumpun. Namun , setelah datang bekerja di Malaysia , beliau amat terkejut dengan sikap dan perangai orang Melayu kita. Orang Melayu yang dahulunya dikenali sebagai bangsa yang mempunyai nilai ketimuran yang tinggi. Dalam sekelip mata , tanggapan murni itu berkecai apabila melihat betapa biadapnya pelanggan Melayu terhadap anak-anak buahnya.

Ada yang memanggil pelayan dengan ciutan , ada juga yang memanggil mereka dengan " hey ", ' woi '', dan seangkatan dengannya. Memanglah pelanggan tidak tahu nama pelayan , sekurang2nya panggil lah mereka dengan panggilan yg baik. Mereka juga manusia seperti kita bahkan sorang Muslim. Kita harus bersyukur , tanpa mereka anda terpaksa melayan diri. Hormati diri mereka sebagaimana anda menghormati diri anda sendiri. Sabda Nabi , " tidak sempurna iman seseorang muslim itu sehingga dia menyayangi seorang muslim lain sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri ".

Saya teringat akan satu kisah Rasulullah..Satu hari, ketika Rasulullah duduk bersama Para Sahabat, datang Abu Jahal. Lalu , Abu Jahal menundingkan jarinya kearah Rasulullah dan berkata,"Wahai Muhammad!, muka kau ni buruk , hodoh , jelik.".Nabi berkata,"kamu benar wahai Abu Jahal". Kemudian di ketika yang lain , Saidina Umar datang ke arah Nabi lalu berkata Umar ,"Wahai Muhammad , wajah kamu sungguh cantik , berseri , bercahaya dan tampan". Lalu baginda berkata ,"kamu benar wahai Umar". Para Sahabat yang bersama Rasulullah bertanya kepada Rasulullah," Ya rasul Allah , kenapa ketika Abu Jahal mengatakan wajahmu hodoh , jelik dan buruk , kau katakan Abu Jahal benar. Dan bila Umar mengatakan wajah mu cantik , bercahaya dan berseri , kau juga katakan Umar itu benar?". Rasulullah bersabda,"aku adalah cermin(balikan) kepada mereka.Sekiranya mereka melihat aku buruk , maka yang buruk itu sebenarnya diri mereka , manakala jika mereka melihat aku baik , itulah yang melambangkan diri mereka.".

Berbalik kepada kekecewaan Abg Kholiq tadi. Cerita beliau , ada satu hari ni satu costumer mengamok sebab order die tak sampai lagi , dimarahnya seorang pelayan. So , dia pun pergi kepada costumer tersebut. Dia cakap kat costumer tu , "encik , mntak maaf ye , kami kekurangan kakitangan. Encik tengok sendiri berapa ramai orang yang terpaksa kami semua layan. Kami akan cuba percepatkan pesanan encik ye..harap encik boleh bersabar"..PRANG!!..di tolaknya air katatas meja." kalau da dasar indon tu , indon la jugak!!"."pergi balik indonla kalau tak reti wat keje!!" , maki costumer tu. Nasib baik beliau bersabar , kalau tak konfirm makan silat jawa..

Lihatlah betapa biadapnya orang kita. Memandang rendah terhadap orang lain terutamanya mereka yang datang dari indonesia. Sepatutnya kita kena layan mereka sebaiknya kerana mereka sudi meninggalkan tanah air mereka semata-mata untuk mengisi kekosongan pekerjaan yang dipandang hina oleh orang kita. Cuba bayangkan sekiranya tiada mereka ini. Bagaimana kita hendak makan sate lagi?Tahukah kita penderitaan yang terpaksa mereka tanggung??Datang ke negara orang untuk mencari rezeki untuk disalurkan kepada keluarga di kampung sehinggakan mereka sendiri tidak punyai wang untuk berbelanja. Apa yang kita tahu hanyalah, menganggap dan melayan mereka seperti hamba yang wajib menurut perintah kita hanya kerana mereka bukan warganegara kita?

Tuntasnya , hormatilah mereka kerana mereka juga manusia seperti kita. Kita harus bersyukur dengan adanya mereka inilah yang telah memudahkan kita mendapat layanan di restoran2 tanpa perlu kita melayan diri. Fahamilah orang lain disamping kita memahami diri sendiri. Bak kata pepatah ," buat baik dibalas baik. Buat jahat,tunggu balasannya ".

Sunday, June 14, 2009

RESULT!!

Assalamualaikum


RESULT

result semester 2 da keluar..semester ni pointer aku agak jatuh sedikit walaupon masih lagi 3 pointer..sedih + gumbira..sbb ape??sebab walaupon aku jatuh pointer tp,rami kawan2 aku yg berjaya meningkatkn pointer.ada yg dekan ada yg tidak..tp,setidak2nya menunjukkan peningkatan prestasi..

TUJUAN

bagi aku, dekan bukan matlamat utama aku..dekan hanya satu bonus sekiranya aku dapat..sbb aku blaja bukan untuk dapatkn dekan atau anugerah naib canselor..mungkin ada diantara teman2 aku yg hairan tentang cara aku belajar..tp,aku x hairan..haha..sebab hanya aku saja yg tahu cara aku..aku belajar untuk mndapat ilmu..mgkn org akan kate,"ni mesti ayat cover cz ko xdpt dekan"..haha..pedulik ape aku..hanya aku dan ALLAH saje taw tentang diri aku..kdg2 aku hairan,aku tgk ramai org belajar sebab nk dapat dekan..sampai lecturer pon mengajar sebab nk plajar di dapat dekan dan anugerah naib canselor..mungkin sebab inilah kita lihat IPTA kita sdikit ktinggalan kerana para pensyarah menjadikan pelajar sebagai robot untuk mencapai impian mereka..pelik bukan??

HARAPAN

semester depan aku mesti mengekalkn momentum sederhana ini..biar ada sedikit pningkatan,bukan pningkatan mendadak..biarlah momentum sederhana ini seiring dengan ilmu yg dapat,bukan blajar untuk pointer tetapi belajar untuk pandai..aku teringat soklan akak aku kat aku,"kte blaja sampi ape?",aku pon ngn konfiden nye jawab,"sampai habisla"..PANG!!,"org kne blaja sampi paham".haha..sampai skang aku still igt soklan tu..

PENUTUP

akhir kata,belajar itu satu ibadah.tetapi,dari ibadah ia bole jadi kejadah..sbb ape??sebab kita sendiri tidak mengawal diri kita sendiri semasa belajar..semata2 untuk mengejar anugerah2 sehinggakan menidakkan hak tubuh kita yang bukan hanya memerlukan ilmu,tetapi memerlukan bnde2 yang lain..bak kata ppatah,ilmu tanpa amal,ibarat pokok tanpa buah,ibarat krta tanpa petrol...renung2kan dan selamat beramal..

Friday, June 12, 2009

CINTA!

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


cresit tu : tentangcinta.com

dimana adab!!

assalamualaikum..

hari ni mmg luar biasa ramai planggan..
da mcm weekend lak..
penat gle aku membasuh cawan2..
xsmpat abes satu tray aku basuh,dtg lg satu tray..
mmg satu hari yang memenatkan..
wlubgaimana pun,aku ttap enjoy keje situ sbb org2 kat situ sporting n baik..
....

tgh2 aku basuh cwan,tbe2,"PANG!!"..
ade sorg mmbe ni hempas cwan kedalam tray..
terkezut aku..
aku tgk die mcm bengang jek..
tnye la die npe..
die jwab,"mana adab orang melayu?"
agak panas aku dgr kate2 di tu,tp aku rilek dlu..
ble dgr something kne dgr sampai abes,bru taw sgalanya.
rupe2nya,mmbe tu kne marah ngn planggan.."kene marah lagi",kata aku..
tnye la sebab ape,die kate sebab servis lambat.
n orang yg maki die tu dtg ngn geng die..
maybe sebab tu nk tnjuk bagus..
yg aku geram tu,org mlayu kite gak..
nseb baik aku kne jg kat blakang,.
klu aku jd mmbe tu,aku sound je blek..nseb baik dorg terikat ngn kontrak..

.....

sedih kwan tu..
aku pon ajak la die g tmpat tersorok ckit,nk tenangkn hati die..
die kate,mase mule2 die dapat offer keje kat malaysia ni,die smangat je sbb die igt org malaysia ni penuh adab n tatasusila..
tp,rupe2nya hampeh..
aku akui mmg segelintir bahkn sebahagian dari org melayu kita mmg memandang rendah golongan pkerja asing..
sbb dorg rase dorang ni tuan kat negara ni..
ceit..pigidah!!..
klu x kerana pekerja asing ni lah,malaysia ni xkan ade pembangunan taw x..
sedar ckit diri tu..
kita org mlayu ni,ape kelebihan kita??
bertani??bela ayam??
tu bole la..
cbe sroh bina bangunan..
hampeh..
aku melayu,tp,kdg2 aku malu ngn kaum aku..
sentiasa merasakan diri mereka tuan..
sedangkn kita da diperhambakan olh kaum lain da..
....

aku teringat sajak tun dr mahathir,MELAYU MUDAH LUPA!!

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa

Tiada daulat

Tiada maruah

Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena

Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah

Wahai bangsaku

Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

....


pernah aku berborak dgn mas kordi,ketua bahagian aku kerja..
die kate,di hairan tgk org mlayu..
xde adab..
mmg aku panas dgr die ckp mcm tu,tp nk wat camne,tu lah kenyataan.
aku ckp kat die,mas,mgkin itu segelintir melayu saje,mgkin diorang tu dtgnya dari keluarga kaya..
sebab tu blagak nk mampos..
dengan tenang mas kordi jawab,"lain pulak dengan orang cina yg lebih sabar dan kompromi".
"org melayu,asal lmbat sikit,tros maki..lgsung xda sifat kesabaran dalam diri orang melayu.."
malu aku bila dgr macam tu..
nk backup,xde gune..ibarat menegakkn benang yg basah..
lebih baik aku ia kan aje..
....

pesanan hamba kpada umat melayu,
igtlah asal usul kita.
paraktikkn lah budaya ketimuran kita yg penuh adab dan kesopanan.
jauhilah sifat kebinatangan..
hormatilah hak anda dan hak orang lain.
sabda rasulullah,"tidak sempurna iman sesorang muslim itu sebelum dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri".


"jangan melayu hebat di nama,tetapi layu didalam diri"



Wednesday, June 10, 2009

kerja!!

assalamualaikum..
...

hari ini merupakan hari ke 5 aku bekerja di sate kajang haji samuri di wisma dato nazir.waktu keje aku dari pukul 4.30 ptg smpi 12.00tgh mlm..mmg suatu pengalaman yg menarik bekerja di sana walaupon gaji murah..wlubagaimana pon,exprience is worth than money..isn't it??

05062009(hari pertama)

-hari yang menakutkan..aku ingat lagi masa aku suruh abg aku bawa aku pergi ke pejabat samuri kat sungai ramal,abg aku kate jgn harap aku dpt keje kat situ sebab hj samuri hanya ambik orang indon je kerja..tp,macam bese la..aku ni kan suke bnde2 yg advanture ni..so,aku pon pegi la interview..skali dapat..haha..aku sampai kat wisma dato nazir tepat jam 4.10ptg.tros berjumpe dgn manager kat sane..kononnye lapor diri la..haha..pastu tros masuk kerje..hari ini aku diajar bagaimana menguruskan bahagian mencuci..senang cite,jd tukang cuci pnggan mankok la tu..aku di ajar oleh seorg abg kat situ..skali je die ajar aku..tros expert..
haha..sblom aku blek,dtg ketua bahagian aku kerje tu,die kate,"biasenye parttime cume ber tahan 1 hari je..".cehh..die igt aku sape nk keje satu ari je..lu tgk la..


06062009

-hari ni aku dtg dgn harapan..dpt mkn sate free..haha..keje harini mcm bese la..mmg bz gle..almaklumlah..cuti sekolah..tp,wlupon bz,aku ttp ade mase utk beborak ngn pekerja lain..byk jgak rasiye yg aku korek..haha..tp,rasiye ttp rasiye..erm..aku tgk sume pekerjanya mmg bgus..
xpenah knal erti penat..sampi aku pon kagum ngn dorg..rasenye dorang ni da jd robot da.korang cbe bygkn keje stat pkul 9.00 pagi habis pkul 2,3 pagi..bpe jam dorg tdo,bape jam dorg nk borak2 bape jam dorg nk wat aktiviti lain..kesian jgak kat dorg ni..

07062009

-ada sorang pkerja ni datang kat bahagian mncuci ngn muke sedih..aku dgn pnoh perikemanusiaan tnyela die..rupe2nya bru lpas kene marah ngn pelanggan,aku tnye la knp planggan marah die kata pelanggan tu asyik order satu2..bkn nk order sekaligus,so die pon pening dengan ramai orang nye..ade plak tu planggan yg kuang ajar di cuit-cuitnye pekerja.igt ape,dorg tu binatnag ke?asal lmbat je taw nk maki..bkn nye nk phm pekerja ni..dulu au pon mcm tu,slalu marah kat waitress lmbt wat keje la ape la..ble aku da merasa keje ni bru aku taw betapa siksanya keje tu..moral of the day,jgn terlalu mmentingkan diri sendiri sedang orang lain meran kerna kebahagiaan kita..

dan lagi dua hari tu berjalan tanpa sebarang pristiwa gempak sbb hari weekday mmg xrami orang..huhu..

baiklah,sekadar itu sahaja.nnt aku akan smbung lagi..
bubye..