BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 4, 2009

WARKAH UNTUK PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6

Y.A.B Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi mengasihani.

Assalamualaikum,

Kehadapan Datuk Seri yg dikasihi.Pertamanya,tahniah diatas perlantikan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Saya turut meraikan perlantikan Datuk Seri sebagai PM dari bilik saya. Sebenarnya,saya amat gembira apabila Tun Abdullah Badawi menyerahkan jawatan beliau kepada Datuk Seri. Bukan saya tidak menyukai Tun Abdullah,tetapi saya bimbang beliau akan terus dipergunakan oleh pihak pembangkang untuk memecahbelahkan rakyat khususnya orang melayu.

YB Datuk Seri,

Sesungguhnya menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu yang mesti dibanggakan. Tetapi, perlulah disyukuri dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan tawwaduk. Seorang pemimpin perlulah memahami dan peka terhadap kehendak rakyat. Untuk pengetahuan Datuk Seri, rakyat Malaysia tidak mengharapkan kemewahan yg melimpah ruah , tetapi mengharapkan keamanan , kestabilan dan hak mereka dipenuhi dan dihormati selari dengan mauduk mereka memangkah kerajaan di dalam setiap Pilihanraya Umum(PRU) yang lalu. Namun begitu, senario politik tanah air kini berubah menjadi kritikal semenjak kemasukan kembali Datuk Seri Anwar Ibrahim ke pentas politik. Beliau membawa ideologi politik yg boleh dikatakan extreme dan radikal demi untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi PM, dimana dapat kita lihat bahawa beliau cuba untuk menarik MP2 BN untuk melompat ke PR dengan mengatakan bahawa beliau menentang rasuah,kronisme,nepotisme dan sebagainya. Walhal,jika kita lihat beliau sendiri yang mengamalkan sikap keji tersebut. Bak kata pepatah,paku dulang paku serpih,mengata org dia yang lebih.

YB Datuk Seri,

Warkah ini bukanlah untuk membodek jauh sekali untuk memuja Datuk Seri, tetapi warkah ini ditulis untuk memberi peringatan kepada Datuk Seri. Dewasa ini, sokongan rakyat khususnya orang melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional semakin terhakis dek kelekaan dan kealpaan pemimpin2 UMNO dan BN yang rakus dan tamak mengumpul harta dan melupakan tanggungjawab mereka terhadap mandat yang diberikan rakyat kepada mereka. Oleh itu, saranan saya agar Datuk Seri melaksanakan tranformasi dan operasi pemutihan besar-besaran di dalam UMNO dan barisan kabinet secepat yang mungkin demi memulihkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri.Pilihlah saf kepimpinan yg mendapat tempat dihati rakyat, jangan pilih saf yang mendapat tempat di hati beberapa kerat yang mempunyai kepentingan peribadi.


YB datuk seri,

Ingatlah dan insaflah bahawa berdirinya Datuk Seri sekarang adalah kerana rakyat Malaysia. Maka,perlulah Datuk Seri membalas jasa rakyat yang telah memberi ruang dan peluang kepada Datuk Seri untuk memimpin negara Malaysia. Oleh itu, hargai dan manfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya. Janganlah disalahgunakan mandat ini kerana tanggungjawab Datuk Seri ini akan Allah soal di akhirat kelak. Contohilah sikap dan cara pemerintahan Saidina Umar al Khattab dan juga Khalifah Umar Abdul Aziz. Mereka lebih mementingkan kesejahteraan rakyat mereka daripada kepentingan peribadi mereka. Terapkan dan gunapakailah cara mereka sepanjang Datuk Seri memerintah negara ini.


YB Datuk Seri,

Bimbing dan pimpinlah kami rakyat malaysia ke arah yg lebih maju bukan dari segi teknologi dan ekonomi tetapi dari segi kesejahteraan dan keselesaan rakyat. Kalau boleh Datuk Seri,buat lat something untuk menangani kegawatan ekonomi ni. As far as i know, kali ni punya gawat lagi teruk dari 1997. So,harap Datuk Seri dapat menangani krisis ini dengan sebaik mungkin. Contohi lah Tun Dr Mahathir semasa beliau menangani krisis 1997, menggunakan formula sendiri tanpa tekanan ataupun desakan dari mana2 pihak walaupun formula itu dikutuk dan dipandang remeh pada ketika itu, tetapi, formula yg samalah yang telah membawa malaysia keluar dari krisis tersebut dengan selamat tanpa dibelenggu mana2 pihak.

YB Datuk Seri,

Akhir kata dari saya, setelah panjang lebar berceloteh, tunjuk dan buktikanlah kemampuan Datuk Seri dalam memimpin malaysia ke arah yg lebih maju dan progresif disamping menyatupadukan semua kaum dan etnik di malaysia. Rombak dan pilihlah saf kepimpinan yang mampan dan utuh untuk memerintah negara dengan telus. Laksanakan "dasar satu malaysia, rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan " dengan sebaik-baiknya. Janganlah hanya dijadikan gimik politik semata-mata. Saya amat yakin bahawa Datuk Seri amat berpengalaman dalam pemerintahan negara. Oleh Itu, gunakanlah pengalaman itu sebaik-baiknya. Ingatlah Datuk Seri, rakyat memerhatikan anda.



yg benar,



______________
Mohd Khairul Anuar Jaafar
(Rakyat Malaysia)


p/s:Datuk Seri,maaf kalau warkah ni tak cukup rasmi.tapi,inilah harapan saya untuk Datuk Seri.


*tulisan ini ditulis secara eletronik dan tidak memerlukan tandatangan

0 kata-kata anda: