BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 30, 2009

berubah untuk memimpin perubahan.

salam.

Tinggal lagi dua hari sebelum saya mendaftar semester 3 di Institut Profesional Baitulmal.hari ini saya dapat satu khabar angin yang agak mentensionkan. Khabarnya , semester baru ni banyak pelajar yang terpaksa duduk luar oleh kerana ramainya pelajar baru yang masuk mendaftar. Betul ke khabar angin ni? Atau sekadar perkhabaran yang dibuai angin lalu sahaja? Apa-apa pun , tunggu dan lihat 2 julai ni.


***

Semester baru ini insyaallah saya akan dilantik sebagai setiausaha MUPIS. Saya rasa jawatan ini tidak bersesuaian dengan saya apatahlagi saya baru sahaja berkecimpung dalam arena MUPIS. Hopefully , saya dapat melaksanakan tugas saya dengan sebaik-baiknya dan selebihnya saya serahkan kepada Allah s.w.t.

Saya mengharapkan perubahan dalam MUPIS.

Sepanjang satu sem diluar MUPIS dan satu sem didalam MUPIS , telah memberikan saya banyak pengajaran dan pengalaman. Saya berpendapat bahawa MUPIS memerlukan gelombang Tajdid(perubahan). MUPIS sekarang perlu berbeza dengan MUPIS di awal penubuhannya dulu. MUPIS perlu di lihat sebagai badan dakwah yang aktif dalam menyebarkan dakwah secara dinamik. Bukan sekadar dakwah yang berlegar di dalam surau at-tholabah sahaja bahkan perlu lebih dari itu.

Saya lebih suka jika MUPIS mengetengahkan konsep dakwah berasaskan "amar makruf nahi mungkar"..iaitu tidak perlu terlampau fanatik dan mengamalkan kesederhanaan dalam berdakwah. ingatlah bahawa tugas dakwah itu terletak pada bahu setiap muslim. Jadi , kita perlu mengajak mereka melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan dengan cara bersederhana. Sesungguhnya , islam itu hebat pada kesederhanaannya. Kaedah ini di lihat dapat dilaksanakan secara dinamik dengan menghidupkan suasana kekeluargaan(usrah). Saya yakin , hanya dengan suasana dan persekitaran berkeluarga sahajalah dakwah dapat diterima oleh semua pihak.

Dan saya juga berpendapat bahawa ahli majlis tertinggi MUPIS perlulah mesra ahli. Apa guna mempunyai ahli yang ramai tetapi ahli-ahli di abaikn? Saya teringat akan kata-kata seorang pemimpin, " kekuatan sesuatu organisasi itu bukan terletak pada kewibawaan pemimpinnya tetapi kerana hebatnya ahli-ahlinya memilih pemimpin !".

Fikirkan dan laksanakan satu kaedah yang bersesuaian agar hubungan majlis pimpinan dan ahli menjadi akrab. Seakrab hubungan persaudaraan islami yang dianjurkan oleh islam. Sesungguhnya setiap muslim itu ibarat dinding yang melindungi saudara muslim yang lain. Rancanglah aktiviti bersama ahli-ahli supaya mereka tidak terasa terpinggir dengan MUPIS.

Saya juga berharap agar MUPIS yang dipacu oleh saudara syazza selaku amir MUPIS dapat melaksanakan satu perubahan yang drastik dan praktikal dalam usaha memacu MUPIS ke arah kegemilangannya.

ya!! saya bercita-cita agar gelombang tajdid akan ditiup secepat mungkin. Saya berkeyakinan bahawa MUPIS pasti akan menjadi semula entiti yang dihormati dan di segani di IPB.

Maka, saf qiadah dan majlis pimpinan tertinggi MUPIS perlulah bersedia untuk berubah sebelum kita melaksanakan tanggungjawab merubah orang lain menjadi lebih baik. Sesungguhnya , perubahan itu memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan, perubahan itu akan menjadi sia-sia.




0 kata-kata anda: