BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 28, 2009

bila Melayu berpecah!

assalamualaikum w.b.t

Di permulaan idea Kerajaan Perpaduan di canang , semangat orang-orang Melayu mula membara. Mengharapkan satu wadah penyatuan bangsa Melayu dapat dilaksanakan demi kepentingan bangsa Melayu yang di lihat semakin goyah akibat perpecahan dan desakan bertubi-tubi oleh kaum-kaum lain.

Namun , langkah murni itu akhirnya di batalkan tanpa diberi ruang meskipun belum lagi bertemu dan berbincang secara jelas dan teliti. Ibarat satu laungan kosong yang di laung untuk menaikkan semangat orang2 Melayu dan akhirnya terpaksa tunduk kepada desakan orang2 bukan Melayu. Tak malukah kita atau kita sudah tidak mempunyai kemaluan?

Kenapa begini nasib bangsa Melayu? Tatkala kaum lain yang berlainan fahaman politik dan agama dapat duduk semeja berbincang mengenai nasib kaum mereka dan bersepakat apabila hak mereka ditindas. Tetapi , mengapa orang melayu terlalu ego untuk berpadu?terlalu ego untuk bersepakat? Adakah alasan untuk menjaga hati rakan bukan Melayu yang terang-terangan menentang Melayu?

Gara-gara fahaman politik yang berlainan telah memecah belahkan orang melayu islam. Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahawa setiap muslim itu bersaudara? Jadi , kenapa dipersaudarakan orang bukan Islam dan diperkafirkan sesama Islam??

Apakah tidak ada ruang untuk umat melayu bersatu semula dan menjadi kuat agar hak kita terpelihara? Adakah hak-hak kita hanya perlu dijaga oleh raja-raja Melayu sedangkan kita berpecah dan lemah hanya disebabkan perbedaan fahaman politik?

wahai pemimpin-pemimpin Melayu Islam!!!

demi ALLAH!!
bangkitlah..
buangkanlah egomu!!
bersatulah demi kemashalatan umat Melayu dan Islam.
bukan bersatu demi kepentingan politik..


Ingatlah!!

Melayu bakal kehilangan satu-satunya kuasa yang tinggal iaitu politik sekiranya senario perpecahan ini berlanjutan. Kaum-kaum lain akan semakin liar menekan kita dan mendesak agar hak-hak kita di hapuskan. Dengan cara itulah mereka akan dapat berkuasa!!!

0 kata-kata anda: