BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 15, 2009

antara adab dan ego

Assalamualaikum.


Hari ni kat tempat keje x berapa sibuk macam semalam. Aku ada banyak masa utk berehat sambil berbual2 berkongsi pengalaman dengan abg2 kat tempat keje aku. Antaranya , abg kholiq yg menjadi ketua tingkat atas. Dia banyak membantu aku , siap ajar kat aku camne nk seludup sate keluar dari Haji Samuri..haha..

Tapi , apa yang aku nk kongsikan ialah kekecewaan beliau terhadap bangsa kita - Melayu. Beliau secara terus terangnya menghormati orang melayu atas dasar orang melayu dan indonesia asalnya serumpun. Namun , setelah datang bekerja di Malaysia , beliau amat terkejut dengan sikap dan perangai orang Melayu kita. Orang Melayu yang dahulunya dikenali sebagai bangsa yang mempunyai nilai ketimuran yang tinggi. Dalam sekelip mata , tanggapan murni itu berkecai apabila melihat betapa biadapnya pelanggan Melayu terhadap anak-anak buahnya.

Ada yang memanggil pelayan dengan ciutan , ada juga yang memanggil mereka dengan " hey ", ' woi '', dan seangkatan dengannya. Memanglah pelanggan tidak tahu nama pelayan , sekurang2nya panggil lah mereka dengan panggilan yg baik. Mereka juga manusia seperti kita bahkan sorang Muslim. Kita harus bersyukur , tanpa mereka anda terpaksa melayan diri. Hormati diri mereka sebagaimana anda menghormati diri anda sendiri. Sabda Nabi , " tidak sempurna iman seseorang muslim itu sehingga dia menyayangi seorang muslim lain sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri ".

Saya teringat akan satu kisah Rasulullah..Satu hari, ketika Rasulullah duduk bersama Para Sahabat, datang Abu Jahal. Lalu , Abu Jahal menundingkan jarinya kearah Rasulullah dan berkata,"Wahai Muhammad!, muka kau ni buruk , hodoh , jelik.".Nabi berkata,"kamu benar wahai Abu Jahal". Kemudian di ketika yang lain , Saidina Umar datang ke arah Nabi lalu berkata Umar ,"Wahai Muhammad , wajah kamu sungguh cantik , berseri , bercahaya dan tampan". Lalu baginda berkata ,"kamu benar wahai Umar". Para Sahabat yang bersama Rasulullah bertanya kepada Rasulullah," Ya rasul Allah , kenapa ketika Abu Jahal mengatakan wajahmu hodoh , jelik dan buruk , kau katakan Abu Jahal benar. Dan bila Umar mengatakan wajah mu cantik , bercahaya dan berseri , kau juga katakan Umar itu benar?". Rasulullah bersabda,"aku adalah cermin(balikan) kepada mereka.Sekiranya mereka melihat aku buruk , maka yang buruk itu sebenarnya diri mereka , manakala jika mereka melihat aku baik , itulah yang melambangkan diri mereka.".

Berbalik kepada kekecewaan Abg Kholiq tadi. Cerita beliau , ada satu hari ni satu costumer mengamok sebab order die tak sampai lagi , dimarahnya seorang pelayan. So , dia pun pergi kepada costumer tersebut. Dia cakap kat costumer tu , "encik , mntak maaf ye , kami kekurangan kakitangan. Encik tengok sendiri berapa ramai orang yang terpaksa kami semua layan. Kami akan cuba percepatkan pesanan encik ye..harap encik boleh bersabar"..PRANG!!..di tolaknya air katatas meja." kalau da dasar indon tu , indon la jugak!!"."pergi balik indonla kalau tak reti wat keje!!" , maki costumer tu. Nasib baik beliau bersabar , kalau tak konfirm makan silat jawa..

Lihatlah betapa biadapnya orang kita. Memandang rendah terhadap orang lain terutamanya mereka yang datang dari indonesia. Sepatutnya kita kena layan mereka sebaiknya kerana mereka sudi meninggalkan tanah air mereka semata-mata untuk mengisi kekosongan pekerjaan yang dipandang hina oleh orang kita. Cuba bayangkan sekiranya tiada mereka ini. Bagaimana kita hendak makan sate lagi?Tahukah kita penderitaan yang terpaksa mereka tanggung??Datang ke negara orang untuk mencari rezeki untuk disalurkan kepada keluarga di kampung sehinggakan mereka sendiri tidak punyai wang untuk berbelanja. Apa yang kita tahu hanyalah, menganggap dan melayan mereka seperti hamba yang wajib menurut perintah kita hanya kerana mereka bukan warganegara kita?

Tuntasnya , hormatilah mereka kerana mereka juga manusia seperti kita. Kita harus bersyukur dengan adanya mereka inilah yang telah memudahkan kita mendapat layanan di restoran2 tanpa perlu kita melayan diri. Fahamilah orang lain disamping kita memahami diri sendiri. Bak kata pepatah ," buat baik dibalas baik. Buat jahat,tunggu balasannya ".

0 kata-kata anda: