.Assalamualaikum.
<.:::.> Sepanjang hampir 2 bulan DS Najib menjadi PM , beliau telah memperkenalkan konsep Satu Malaysia(1Malaysia). Ramai yang terkeliru dengan maksud sebenar konsep yang cuba disampaikan oleh DS Najib ini. Ada juga yang mengambil kesempatan memutarbelitkan fakta untuk mempengaruhi pemikiran rakyat dan ada juga pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeksploit maksud sebenar konsep tersebut demi menuntut perkara-perkara yang tidak masuk akal dan membelakangkan kontrak sosial yang telah lama dipersetujui oleh bapa-bapa kemerdekaan kita.
<.:::.> Bagi saya , konsep Satu Malaysia(1Malaysia) ini mempunyai maksud dan objektif yang tersirat dan tersurat. Pada dasarnya , konsep ini memainkan peranan sebagai medium perpaduan rakyat malaysia yang merupakan kesinambungan dari dasar perpaduan yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan terdahulu.cth:Bangsa Malaysia(dr.M) , Misi Nasional(TAAB).
Sebagaimana yang diterangkan oleh DS Najib sendiri di dalam blog beliau bahawa konsep ini bukanlah seperti konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Tetapi konsep ini menjunjung dan mendaulatkan perlembagaan dan tidak akan sesekali menyimpang dari roh perlembagaan( seperti perkara 3, perkara 4, perkara 152, perkara 153, bahagian 2 dan bahagian 3 teras perlembagaan). Ianya juga merupakan penunjuk haluan ke arah matlamat Bangsa Malaysia dalam Wawasan 2020.
<.:::.> Secara mudahnya , kerajaan akan melaksanakan segala tanggungjawab berdasarkan prinsip keadilan untuk semua kaum. Semua kaum berhak mendapat hak masing-masing. Namun begitu , hak mereka yang memerlukan akan tetap dipelihara oleh kerajaan(cth:miskin tegar,minoriti) . Analoginya , baru-baru ini , kerajaan telah melaksanakan Dasar Liberalisasi Ekonomi di mana dapat memberikan ruang dan peluang kepada semua kaum untuk maju kehadapan. Walaubagaimanapun , Kerajaan akan tetap mempastikan bahawa tidak ada satu kaum pun yang akan ketinggalan dalam menongkah arus Liberalisasi Ekonomi tersebut.
<.:::.> Sesungguhnya , perpaduan kaum merupakan teras pembinaan Negara Bangsa ke arah mencapai Wawasan 2020 yang perlu dipandang serius oleh semua bukan sahaja dari Pihak Kerajaan bahkan dari Pihak Pembangkang . Ketika negara sedang bergolak dengan masalah kegawatan ekonomi , masih ada lagi pihak yang mengambil kesempatan untuk memporak perandakan lagi negara ini. Bersatulah wahai rakyat Malaysia , tidak kira Melayu , Cina , India , Iban atau Kadazan , lupakanlah semangat ras masing-masing. Berpadulah kita dalam membina Negara Bangsa yang utuh dan kukuh di bawah payung 1Malaysia. Hormatilah hak orang lain , dan orang lain akan menghormati hak anda.
<>Tuntasnya , terbangnya belon bukan kerana merah ,biru atau kuning warnanya. Tetapi , terbangnya belon kerana gas yang diisi di dalamnya.Begitu juga dalam usaha pembinaan Negara Bangsa yang maju yang mana bukan setakat maju dari aspek pembangunan , bahkan maju dari segi pemikiran , tamadun , sosial dan intelektual, perlulah mengamalkan semangat perpaduan sebagai konkrit pembinaan negara. Bak kata pepatah,"bersatu kita teguh,bercerai kita roboh "

0 kata-kata anda:
Post a Comment