- Saya bukanlah seorang ahli politik. Saya baru berusia 19 tahun. Namun begitu , politik sudah menjadi sebahagian dari diri saya. Bukanlah bermaksud saya datang dari keluarga yang berkecimpung dalam arena politik.
- Saya cumalah seorang melayu yang bercita-cita ingin meng'ULTRA'kan orang melayu disamping membangunkan negara Malaysia ini ke satu tahap yang melebihi negara-negara maju di dunia..Ya!..itulah impian dan harapan saya.
- Dalam usaha meng'ULTRA'kan melayu , saya tidak lupakan juga nasib kawan-kawan cina dan india saya. Saya yakin dan percaya bahawa agenda memperkasakan kaum mereka adalah lebih utama bagi mereka sebelum memikirkan hal lain.
- Bangsa melayu perlu diperteguhkan lagi. Janganlah melayu hanya sinonim dengan politik sahaja , tetapi orang melayu perlu melakukan satu anjakan paradigma yang menyeluruh dalam misi memperkasakan melayu.
- Apabila melayu perkasa , melayu akan di hormati oleh kaum-kaum yang lain. Jika kita lemah, kita mudah di tindas dan diperkotak-katikkan oleh kaum lain yang hanya menunggu ruang kelemahan kita terdedah.
- Janganlah saya di cap sebagai racist pula. Saya bukan seorang racist. Saya masih lagi mempunyai sahabat-sahabat karib dikalangan bukan melayu. Saya masih lagi menerima pemikiran dan ketamadunan serta kebudayaan kaum cina , india dsb.
- Oleh itu , saya mengajak saudara/i menghayati puisi melayu mudah lupa oleh Tun Dr M.-
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai - perjuangan memartabatkan MARUAH melayu yang masih belum selesai.
Friday, June 19, 2009
berpolitik??
assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 kata-kata anda:
Post a Comment