BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 19, 2009

kerajaan perpaduan!

assalamualaikum..

  1. Sejak kebelakangan ini , malaysia kecoh dengan idea Kerajaan Perpaduan (UG). Kekecohan ini semakin membesar selepas muktamar PAS ke -55 baru-baru ini. Semasa sidang tersebut , Datuk Haji Hadi Awang -Presiden PAS telah melontarkan idea tersebut.
  2. Soalan yang bermain dibenak saya, Apakah yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan ini? Adakah gabungan antara PAS-UMNO? Adakah proses kemasukan PAS kedalam UMNO?masih ramai lagi yang tertanya-tanya tentang tujuan dan hala tuju cadangan Kerajaan Perpaduan ini.
  3. Pada hemat saya , adalah lebih harmoni sekiranya kita hanya mempunyai beberapa parti yang mewakili kaum masing-masing. cth : MELAYU , CINA , INDIA , dan BUMIPUTRA sabah&sarawak.
  4. Janganlah pendapat saya ini di sanggah dengan kata-kata tidak demokratik dan seumpanya. Ia hanya pendapat saya sahaja. Walaubagaimanapun,izinkan saya menerangkan rasionalnya.
  5. Sekiranya setiap kaum di malaysia mempunyai satu parti yang mewakili kaum masing-masing dan kemudian di satukan dan diletakkan dibawah satu payung yang dinamakan kerajaan perpaduan. Saya percaya cara ini akan lebih efektif untuk memastikan setiap kaum mendapat pembelaan yang sewajarnya dari pihak kerajaan. Sebagai contoh , suara kaum india dapat di dengar oleh kerajaan secara terus . Tidak lagi berlaku india kerajaan(MIC) diutamakan dan india pembangkang(HINDRAF,PKR dan dsb) dianak tirikan. Begitu juga dengan kaum-kaum lain di Malaysia.
  6. Ini sekadar pendapat saya sahaja. Mungkin betul dan mungkin salah. Terpulanglah kepada anda untuk membaca , memahami dan menafsirnya sendiri. Sebarang kritikan di alu-alukan..

0 kata-kata anda: